Pages

Thursday, November 10, 2011

Dairi Abang Tukiman: Abang Tukiman Dah Grad.

Assalamualaikum dan selamat pagi rakan2, sahabat, fren, sodiqi.

Lama aku x update ceritera2 poyo pasal aku. Currently i'm at UiTM Bandaraya Melaka, pursuing my degree in Accountancy. Oke dah.

The coolest ayah - Ahmad Zainuddin bin Abdullah

With Beloved Ummi - Salina bt Shaari
My dad once told me: "Hidup hanya sekali, hiduplah yang bererti." - Dr. Hj. Ahmad Zainuddin bin Abdullah

Hamdulillah pade Hari Sabtu 2 minggu lepas, 29th October 2011 aku dah menghadirkan diri ke Sidang 12 Konvokesyen UiTM ke 75 di UiTM Shah Alam untuk menerima sijil diploma aku.

Lepas beratur panjang sebab nak amik jubah pada hari rabu, lepas tunggu lame beratur kat luar dewan menunggu jeritan menyebut "Ahmad Zaki Ahmad Zainuddin, Kelasssss Gitteww!" disebut, lepas rambut guwa dipotong oleh brader tough di luar dewan, lepas kena bebel dengan makcik baju merah sebab aku gi kencing seraya nama aku hendak disebut, kemudian bila nama aku disebut, dengan perasaan penuh bangga, perasaan penuh terharu, penuh sebak di dada, penuh dengan haru biru & kacau bilau, aku berjalan ke arah Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar untuk menerima Buku Biru tersebut.

Masa nak terima buku biru tersebut, beliau menyebut nama aku, kemudian mata aku berkaca, walaupun aku berkaca mata beliau tetap nampak titisan airmata ku dan beliau tolong mengelap titisan air mata ku sambil menepuk bahu aku & berkata, "Tahniah, son." Guwa terharu, guwa menangis, sambil guwa dakap tubuh manis beliau. "Alhamdulillah! Thanks Prof!" aku menjerit. Selepas itu, guwa berjalan sambil memandang ke arah kamera video yg sedang merakamkan perjalananku & drama sebak penuh haru pada pagi itu, sambil menunjukkan isyarat tangan 'Good job, nice one bro!' utk diri aku sendiri & juga untuk audience2 yang tgh usha drama pada pagi itu.

Keluar dari dewan itu, ramai kawan2 semangat ajak aku bergambar, aku pon sempat snap sikit je gamba dengan sahabat2 lama dan baru, sebab aku tengah nak cari parents aku, aku nak tunjuk kat diorang yang aku dah berjaya.

10minit lepas keluar baru aku jumpa parents aku, aku cium tangan parents aku, depa bagi bunga kat aku. Kat bunga tu ada tulis, "Tahniah, Anak Umi(& Ayah) yg pertama grad!" - Ye baem, aku yang pertama grad walaupun aku anak kedua. hahahaha! (Gelak jahat.) -Abaikan, ini aku tujukan untuk abang aku, ibrahim.


Mase tu aku tengah sedih keharuan sebenarnye, aku nak menangis kegembiraan, aku nak peluk parents aku, tapi aku tengah panas mase tu sbb cuaca terik giler babs. So aku x jadi nangis, maintain cool & steady. Snap gamba 5-6 keping pastu aku blah menuju ke arah transformasi dunia fantasi.

Oke, cerita di mana Prof Sahol Hamid menepuk bahu aku & di mana aku mendakap tubuh beliau itu adalah cerita tipu.

Tapi ini adalah salah satu cerita yang akan aku sentiasa ingat dalam hati, dalam kepala & dalam minda aku. Akan aku bercerita kisah2 haru ini kat anak2 aku kelak. Cerita bagaimana susahnya, bagaimana rilek, bagaimana indah saat2 aku belajar & aku mahu mereka belajar daripada kesusahan Daddy depa.

Ini adalah salah satu kisah hidup aku yang bererti, sebab itu aku akan kenang cerita ini sampai bila2. Apa erti aku menghabiskan 3 tahun di UiTM Kampus Jengka, Pahang? Semata2 untuk mencari cinta, mengumpul kawan baru, dan mensia2kan waktu muda aku? Ah tidak.

Kepada adik2 junior yg baca post ini, belajar rajin2, jangan malas, jangan dok fikir hal cinta banyak sangat. Awak tu muda lagi, belajar tu main priority. Ingat, dalam kelas kena fokus, jangan dok pk benda2 lain. Hormat lecturer, dengar cakap lecturer. Ingat harapan mak ayah kite, ingat tujuan kite masuk blajar, ingat kenapa Allah bg rezeki kat kita untuk sambung belajar. Kalau nak main2 je belaja nih, baik suruh kawan kau yg tak dpt sambung belajar tu tolong belajar untuk kau. Depa tu lagi kesian xdapat sambung blaja. Bangga sikit dengan diri sendiri. Semangat belajar kena lebih. Oke? 


Ada jodoh, umur panjang, kita jumpa lagi nanti. InsyaAllah, jika Allah mengizinkan.

Take care. ilal liqa', Ma'assalamah.

Sunday, November 6, 2011

Dairi Abang Tukiman: Kajang

(Post ini adalah draft pada Hari Sabtu sebelum Hari Raya Haji)

Assalamualaikum & Selamat Pagi kepada warga stalkers & blogger sekelian alam.

Hamdulillah Allah masih memberikan aku nyawa untuk aku bernafas pada hari sebelum Raya Haji yang penuh barakah ini. Currently aku kat Kajang, baru sampai rumah pada pukul 4 pagi tadi untuk cuti Raya Haji & cuti mid term. Tak lupa juga di sini aku ingin mengucapkan selamat bercuti kepada warga2 kerja & juga student2.  Selamat pulang ke kampung, selamat bertakbir & selamat berhari raya, maaf zahir & batin.

Okay done.
"Mnyampah btol ngn drivers kat pekan kajang.. Kalau kau dah pandai sgt block kereta org, kau pandai2laa guna telinga kau utk dgr org honk.. Eeeeeeiiii sakitnye hati!!! Patutnya tadi aku scratch je kereta kau sbb suka menyusahkan org!" - Quoted from a Facebook user
Ini hari aku ingin memulakan muqaddimah blog aku dgn quote dari seorang sahabat fesbuk aku yg sangat anti dgn keadaan di Kajang.

Kajang Town - Beautiful Town
Kajang adalah satu nama yang sinonim dengan keenakan Sate Kajang yang terkenal seantero dunia. Kita x penah dgr nama Sate Terengganu, Sate Klang ataupun Sate Shah Alam. Sate Kajang adalah satu2 nya yang berada di kemuncak dunia sate. Kebiasaannya penjual sate selain di Kajang akan menggunakan nama Sate Kajang sebagai pelaris jualan. Contohnya, Sate Kajang Pak Jabir di Kampung Pisang, Sate Kajang Haji Ali di Kampung Pinang Sebatang & lain2 lagi. Tapi ada satu sate yang mmg aku xtau pun dari mana asal usulnya iaitu Sate Ikan. Oke cukup.

Ade satu kisah dari membe aku bilamana abang sedara dia terjumpa dengan gerai Cendol Bakar di Kuala Selangor. Sangat menarik kan nama dia? "Macamana la nak buat cendol bakar ni ye?" tanye abang sedara dia kat makcik penjual cendol bakar nih sambil menikmati kelazatan cendol bakar. Makcik tu tersenyum sipu malu2 kucing sambil berkata, "Bakar tu nama suami makcik.. " :)

Oke, sekadar kisah sampingan.

Baiklah, bukan topik sate yang ingin dikupas pada hari ini.

Satu lagi nama yang sinonim dengan Kajang adalah keadaan trafik di Kajang yang mantap.

Dalam zaman serba moden ini, keadaan trafik di mana2 pun semakin baik x kisah la kat kampung atau kat bandar. Di mana2 pun skarang ni mesti akan ada polis trafik yg akan menjaga keselamatan lalu lintas disamping mengurangkan bunyi hon kereta akibat kelahanatan sesetengah pengguna jalan raya. Terima kasih abang2 polis.

Tetapi berlainan dengan keadaan di Kajang.

Tak kisah la ada polis atau tak ade polis, keadaan trafik di Kajang akan tetap ganas & sentiasa menyakitkan hati mana2 pengguna jalan raya yang jarang drive di Kajang. Baik pemandu lori, pemandu bas, pemandu kereta, mat2 motor ataupun yg bawak basikal skali pun.

Parking berlapis adalah satu2 nya perangai famous rakyat2 jelata yang parking di Kajang. Perangai ini lah yg senantiasa membuatkan beberapa status update berbaur kemarahan di fesbuk, twitter, mahupun blog. Kepada pembaca2 yang berhasrat melawat aku di Kajang, sila simpan niat untuk sentiasa bersabar & kurangkan mencarut ketika berada di Kajang kelak. 

Sebagai penduduk Kajang yg sejati, aku tetap maki hamun sesetengah pemandu yang kurang ajar nih, aku pernah menjerit "B*BI lu, P*KIM*K, x reti bawak kete ke?!!" di tengah2 bandar Kajang, tapi lama2, keadaan ini sudah lali & i just let it go je. Sekarang ni orang lain pulak yg menjerit kat aku, orang lain pulak yg hon kat aku. Dan aku rasa orang2 ni bukan orang Kajang yang sejati. Lu kalau nak drive baik2, kalau nak jumpa driver yang sopan santun, lemah lembut budi bahasa, baik lu pegi drive kat kampung la.
"A true Kajangians will never let their emotion control them when in a driving situation. True story." - Tukiman Iskandar

Post ini adalah fakta sebenar & berunsurkan gurauan & sedikit kasar. Minta maaf jika saya ada tersinggung mana2 pihak. Selamat Hari Raya Eiduladha, Maaf Zahir & Batin.

Sunday, October 23, 2011

Dairi Abang Tukiman : Kalau Ada Jodoh.

Salam.

Guwa tak minat bercerita kisah2 cinta dalam blog, atau pun bercerita kisah2 kebahagiaan aku kat sape2 pun. Sebab aku tak reti macamana nak ekspresikan kebahagiaan itu dalam bentuk tulisan ataupun gosipan.

Bagi aku, segala ceritera ceritera sedih ataupun kebahagiaan itu tak perlu diekspresikan kepada org lain. Utk apa kite bercerite kat orang lain? Untuk menagih simpati, atau untuk bangga dengan kebahagiaan kita, atau buat org lain jeles dgn kebahagiaan kita?

But sometimes, aku cerita jugak kat orang. Bila otak tengah sumbat, hati tengah serabut, mulut tak mampu bercerita benda lain, tangan tak boleh duduk diam, aku akan bercerita. Dan kemudian, aku akan menyesal sebab ter cerita kat orang lain. Okebai.

Oke. Back to the point.

Ini kisah seorang sahabat aku, long time ago, looooooonnng ago. The year is 2003.
Pertemuan dia dgn seorang perempuan ini di kawasan kejiranan aku, di taman permainan. Kwn aku ni,S, umur 15 mase tu, dan si perempuan ni,A,umur 13. Mula2, berbalas pandangan dan senyuman, berbalas surat(sebab mase tu xde henfon lagi.) Kemudian dari situ, timbullah bibit2 percintaan atau dlm erti kata lain nya, cinta monyet.

Cinte punye cinte, dating punye dating, senyum punye senyum, last2 cinta yg diabadikan bersama hanyalah dusta semata. Si perempuan meninggalkan kwn aku ni sbab dirampas oleh seorang sahabat aku yg lain. Ahh, cinta budak2. Biase la tuh.

Lama kawan aku ni patah hati, sampai belajar jadi ahli kapal. Dan lepas 8 tahun, dia btul2 dapat jadi ahli kapal.

Sejak dari dia patah hati tu, sampai la bulan 8 tahun ni (kalau x silap aku.) dia x penah ada gf yang betul2 nak serius dgn dia. Setiap kali aku jumpa dia, dia akan bercerita kisah2 sedih, kisah2 romantis yang bakal dia lakukan bersama bakal gf nya satu hari nanti.

Nak dijadikan cerita, satu hari, dia terjumpa facebook si A ni, dah lama kitorang satu geng tak jumpa si A ni dgn adik dia yang skrg sudah hot n cun melecun sebab depa dah pindah ke negeri orang. Kwn aku S ni cube untuk pikat hati dia balik. Entah macamana, bercinta la balik mereka berdua, setelah 8 tahun terpisah. Dan kini, cinta yang dahulunya hanyalah cinta monyet, kini sudah menjadi cinta yang sejati(mungkin) dan mungkin akan diteruskan hingga ke jinjang pelamin satu hari nanti, insyaAllah kalau ada jodoh.

.....Habis cerite.

Apa yg nk diceritekan disini adelah, jodoh pertemuan di tangan Allah. Kita hanya perlu usaha untuk mencari jodoh sebenar kita. Macam cerite How I Met Your Mother. Ted Mosby rasa tak sesuai dengan sorang awek, die cari lain. Yang penting ada usaha.

Tak guna jugak kalau kita mesej gf/bf kita hari2, kita kol hari2, kita wallpost dgn bf/gf hari2 kat fesbuk, kite tweet kt bf/gf hari2 kat twitter, kite update cite psl bf/gf hari2 kat blog, tapi satu hari nanti, gf/bf kite jumpe jodoh lain, atau bosan dgn kita, atau dah xnak ade komitmen serius dgn kita. Macamane bohh? Mase tu jgn salahkan takdir, jgn salahkan sapa pun. Berdoa & berserahlah pada Allah, solat istikharah. Kita tak perlu bersedih atas kehilangan seseorang. There's always someone better for us, out there. Ryte?

Cinta bukan sbb kita mesej hari2, bukan sbb kita kol hari2, bukan sbab kite sweet, caring & romantic, bukan sbb dia hensem atau cantik, bukan sebab apa pun. Apa pun, as a muslim, niat kita mestilah disebabkan agama kita dan Tuhan kita. Bile kite dah jumpa jodoh kita, kita akan tau betapa indahnya cinta. Ingatlah, kita orang Islam. Cara & niat kita mestilah berlandaskan ajaran Al-Qur'an & As-Sunnah.

Cintailah seseorang itu bukan kerna cantik tubuh badan & rupa parasnya, cintailah seseorang itu kerna agamanya.

ilal liqa', Ma'assalamah.

Sunday, October 16, 2011

Dairi Abang Tukiman: 5 Kategori Pemandu Kurang Cermat

Salam.

#np Hey You - Pink Floyd

Disebabkan inspirasi dari blog si pelangi, maka aku ingin meneruskan legasi blog Dr.Tukiman sehingga ke anak cucu. I already gave up on blogging actually because i don't know what else to share to the world. But long ago, my father told me, it's good for me to own a blog because i can keep on giving nasihat to people. 

Oke enough bragging.

Post kali ini ibarat comeback aku yg bajet gempak, dan terbaik. Tapi aku tau aku x segempak Abdullah Keyrana.

Topik untuk dikupas kali ini adalah mengenai Pemandu Kenderaan yang kurang cermat. Atau dalam bahase kasarnye, lahanat dan lahabau.

Topik ini dikupas secare tibe2 oleh sorang sahabat aku yang bernama Irsyad Hj. Rahim Crib, ataupun Ahmad Kim, di restoran Al-Andalus semasa kami sedang sedap menyisha di petang hari yang hujan lebat.

Menurut professor Ahmad Irsyad ( Anda Bijak Memandu? Jilid 5, m/s: 34) , Ada 5 kategori pemandu yang suke bawak kereta dalam keadaan yang kurang cermat iaitu:

1. Chinese people. (No offense to any chinese reader. No, i'm not being racist.)
Oke, guwa tak nak cakap banyak. Semue orang tau camne orang cina bawak kereta. Tapi tak semua orang cina macam tu. Ada jugak yang good2 je. :D

2. Hok Puang (Girls, or any lady driver.)
Ape yg depa tau, depa nak selalu menang dalam apa jua keadaan. Kalau terserempak dalam jalan kecik, depa tak nak mengalah atau bagi jalan kt kite. Kalau boleh kite yg lelaki ni kene bg jalan. Ape yg depa tau, tekan pedal minyak pastu jalan je. Bile kete kene langgar, keluar kereta terus marah2 kat orang yang langgar padahal sebenanye depa yang salah. Keluar maki hamun semua. but we, as a true gentleman, bagi chance je la. Dah awak cun.. nak wat camna?

3. Pak Arab.
If u all ever encounter with these type of driver, please pray for your safety and siap2 untuk mengucap kalimah syahadah. But if nothing happen, give thanks to God for giving u a chance to continue your life. Depa kalau bawak kete, mane reti besabar. Kalau boleh, jalan dalam taman pun bawak 150km/j.

4. Anak2 Teruna Yang Baru Dapat Lesen Kereta.
Golongan ini adelah golongan lahanat yang sangat lahanat sebab apa? Sebab ape yang depa tau, depa nak bawak laju je tanpa memikirkan keselamatan orang lain dan jugak diri sendiri. Kalau ade speed trap ke ape pun depa tak kesah sebab kalau kene saman, bapak diorang yang bayar. Bagi diorang, bawak laju ni menunjukkan yg depa ni dah cukup hebat. Baru main Need For Speed sikit je da bajet power. Kalau nampak kereta lain laju sikit, xboleh kalau x kejar, main rapat2 kete kt bontot. Tapi lama2, diorang akan insaf jugak. Apa ingat dulu bapak korang tak bawak laju ke mase muda? haha


5. Abang2 Kereta Modified.
Kalau kt highway, tgh sedap isap rokok sambil drive kat lane kanan, tetibe kalau terdengar bunyi enjin kuat ke, ekzos mcm meletup ke, bersiap sedie la nak ke tepi sebab abang2 taiko besar jalan raya dah sampai. Kalau hang x bagi jalan, kalau x kene hon, siap la depa duk tunjuk jari tengah kat hang nanti. Depa ni golongan yang senantiasa up-to-date dengan produk2 terbaru pasal kereta & sentiasa berlumba dgn brader2 modified yg lain semata2 utk mendapat gelaran pelesit jalanan yang hebat & kental.  Ingat, diorang ni taiko jalan raya. Kite kene hormat. :)

Tersebut lah sudah 5 kategori pemandu kurang cermat di jalan raya. Anda dinasihatkan untuk berhati2 dgn pemandu2 yang dikategorikan di atas. Tapi tak semua yang disebut adalah betul. Semua kategori ini dilabelkan berdasarkan pemerhatian kami sendiri. Segala nukilan & coretan hanyalah untuk suka2 saja.

Sekian.

Monday, March 21, 2011

Dairi Abg Tukiman: Akibat hepi sangat..

Salam.

Kadang2 bile kite hepi sangat, perasaan kite melonjak naik. Kite seronok dengan ape yang kite buat, social life kite pon rase hepi je. Seolah2 dunie ini ana yang punya.

Tapi ape yang saketnye, bile kite tau, bende yang kite hepi sangat tu, sebenarnye saje nak menguji kite. Nak tengok sejauh mane kite boleh pasti dengan kebenaran sesuatu bende tu. Bile kite tau kite tak patot hepi sebab bende tu disebabkan sesuatu benda yang lain yang kita dah ade. Contohnye, kalau dah ade blackberry bold 3, jangan menggatal membazir duit beli iphone 4.

Yang lagi sakit, bile perasaan kite terase seperti dipermainkan.
Sape x pernah rase perasaan camni kan? Bile sorang awek yang kite dah lame usha, dah lame kite minat, tapi die x penah nak pandang, nak usha n x cakap dengan kite pon. Tibe2, die sibuk melayan kite. Tibe2, die muncul dalam hidup kite tanpa diundang. Mase tu kite rase dunia ni kite yang punya.

 Tapi, kehadiran itu hanyelah sementara. Hanya untuk menutup segala penipuan yang kite elakkan. Kehadiran itu hanyelah untuk dia menipu perasaan sakit cinta, atau sakit hati, atau sawan cendawan. Kehadiran yang hanya untuk membuat kite bertanye balik pada diri sendiri, "Betul ke ape aku buat ni? Patut ke aku hepi dengan kehadiran dia?"

Kadang2, kehadiran dan kemunculan seseorang itu mungkin membawa satu pengertian yang bakal mengubah hidup kite satu hari nanti. Tapi mungkin perubahan itu bukan yang kite inginkan. Mungkin perubahan itu bukan untuk kite, tapi untuk orang lain. Mungkin untuk dia? Wallahu'alam.

Kecewa, gelisah, gundah gelana, sakit hati, sedih, hancur hati, perasaan ini akan bercampur baur bile cinta yang kite idamkan hanyelah dusta semata. Bile berdepan dengan perasaan macam ni, segale gelak tawa, segala senyum manis, gurau senda sesama rakan akan hilang. Malam akan menjadi panjang, siang akan menjadi hari yang paling ditakuti apabila kau tau kau akan berdepan dengan dia walau di mana pun. Saat kau bertentang mata dengan dia, saat itulah segala perasaan itu akan datang kembali, membuatkan kau hilang segala ego, hilang segala semangat kejantanan macho kau dan memaksa kau untuk emo pada hari2 berikutnya hinggalah hati kau diubati oleh kehadiran seorang lagi gadis yang kau sangka akan menjadi milik kau. Kemudian benda yang sama akan berulang lagi dan lagi hinggalah kau benar2 berjumpa dengan seseorang yang betul2 ingin menjadi milik kau.

Circle of life, it includes personal relationship also. Kite tak boleh lari dari benda2 macam ni. Setiap orang mesti akan merasa benda yang sama. Jalan penyelesaian? Kite tau hidup kite sendiri, kite pilih jalan hidup kite, kite mesti ade jalan penyelesaian sendiri. Apapehal pon, jangan lari je. Jujur dalam hidup sendiri, jujur dengan pasangan, jujur dengan orang lain. Walaupun susah, walaupun pahit outcome die, yang penting kite jujur. Secare batinnye, kite dah dapat tenangkan hati bile kite dah jujur.

Ini bukan kisah sedih aku. Daym.

calu.

Thursday, February 17, 2011

Diari Abang Tukiman: Demi ETR

Jam menunjukkan pujul 3.11 pagi. Malam Jumaat. Seram nih.

Aku skarang kat rumah sewa aku kat pinggir bandar Jengka. Sebelum masuk Bandar Jengka, ada satu pintu gerbang bentuk tanduk kerbau. Jalan 500 meter lepas tu ada satu simpang pergi Maran. Kat simpang tu ada satu kedai buah, depan kedai buah tu ada banyak kereta macam untuk dijual tapi tak tau sape yang menjualnye. Belakang tuh banyak gile babs workshop. Dekat2 workshop tu la terletaknye lot rumah sewa banyak - banyak untuk student UiTM Jengka. Aku duduk kat salah satu rumah dalam tu.

Semester nih aku ade belajar satu subjek yang memang aku sangat minat, ETR 300 ataupun dalam bahasa awam, Introduction to Entrepreneurship. Lecturer subjek nih menginginkan kitorang satu kelas untuk buat satu group dengan 6 orang ahli, laki2 dan wanita. (ape ayat aku macam zaman p.ramlee nih?)

Waktu skarang nih yang tak tido ade la dalam 5 orang, aqem feedo jimbo, jijoe jombo. 2 orang nih tak tido sebab diorang baru balik training debate, esok dorang ade competition BESOR! kat UiTM Shah Alam nun. National Novice Debate ke ape kalau tak silap aku. 3 orang lagi yang tak tido adelah aku, alip sarip, and ifan ozil. Kenape aku panggil die ifan ozil? sebab die berangan nak jadi Mesut Ozil, player German. Tak sedar diri awak tu berdarah Melayu Pantai Timur. Jangan marah ippe oi..kawe ghoyak maeng2 je..haha.

Aku pon tak tau kenape aku semangat sangat nak bercerite pasal budak2 yang tak tido sekarang nih...

Jadi, disebabkan ETR, aku, ifan ozil dan alip sarip tak tido untuk siapkan marketing plan. Esok kene hanto dah. Dengar cerite, lecturer kitorang marah bebenor kat group aku sebab group aku hanta draf marketing plan 2 mukesurat je, padehal group len bukan maen lagi, ade yang sampai 12 muke surat! haha. Jadi tepat pukul 3 tadi, noktah terakhir dalam marketing plan tu dah kitorang letakkan bermakne dah habis la keje kitorang yang tertangguh sejak 3 minggu lepas. Alip sarip je yang dok sibuk mendesign layyout company denagn application die yang mantap, ConceptDraw Pro.

Sejak pukul 12 tadi, perut aku asyik meragam je. Mungkin sebab makan pedas kat kedai ibu tengahari tadi. Malam pulak makan nasik lemak kat depan JKR nun. Memang terbayek la cite die!

Jadi disebabkan perut aku wat hal, dari tadi aku asyik kuar masuk tandas. Elok dah pakai seluar, kene bukak balik pakai towel. Pastu seluar balik, lepas tu towel balik. Jadi kali terakhir aku masuk tandas adelah sebelum aku tulis bende alah ni. Ade satu kejadian berlaku kat aku semase dalam tandas tadi.

Tengah seronok meneran..tetibe je aku dengar bunyi bising kat zink atas tandas ni. Aku diam je. Aku bukak air kuat2, saje sebab tak nak fokus kat bunyi bising kat zink tuh. Tengah sedap meneran lagi, taik tak kuar2 lagi dari tadi. Aku dah berbulu dah ni. Teran punye teran, tetibe ade satu bende terjatuh, Puik! terkejutnye agi!

Rupenye cicak yang terjatuh. Dorang bergaduh kat zink tadi. Pastu sekor tu terjatuh. Serentak dengan itu, terkeluar la segale nasik yang aku makan tadi dengan banyaknye. Dan Aku harap, lepas ni kejadian seumpama ini tak kan terjadi lagi. Terime kaseh encik cicak.

Tuesday, February 15, 2011

Dairi Abang Tukiman: tips2 tinggal di rumah sewa

hey hey hoi!
sawadikkappannnn~

salam y'all. peace.

Tadi guwa lepak dengan membe baik guwa, Acai name die. Die cakap kalau maen snuker, tak boleh maen straight masuk terus sume bola. Nanti boring sebab cepat sangat habis. "Habis tu camne?", tanye aku, Die cakap, agak2 bile dah xde bola yang dah konfem boleh masuk, kasi "snuk" kat lawan, bia die tensyen tak dapat pukul bola. haa. Macam tu lah jugak kalau bercerite.

Tapi xde sape pon yang suke menyukarkan lagi jalan cerite ye tak? Kalo boleh, nak straight to the point terus. Yeke? Sape cakap? Lame!! Bile bercerite, lagi seronok kalau kite timbulkan satu tanda tanya dalam kepale hotak orang yang tengah dengar citer kite nih. Bia diorang lagi sibuk nak dengar kite citer, lagi sibuk nak suruh kite habiskan citer. Tapi bile citer straight to the point, ending die pon lebih kurang same jugak kalau kite bercerite belit2. Kalo bukan gelak, mesti kite tak faham, ataupon tak lawak langsung. Ape yang beze ialah kite akan ingat citer yg kite pakse orang citer dari cite yang straight to the point. Ye tak kawan2?

Oke2, takde kene mengene pon kat atas nih. Saje je nak bercerite. Hehe
Semenjak guwa duduk rumah sewa nih, guwa rase cukup tenang & aman. Hamdulillah kelas semua guwa pegi, tapi setakat ponteng kelas MAF tu pekare biase memandangkan Encik Is yang seringkali menjerit2 dalam kelas ibarat tengah coach budak ragbi membuatkan aku cukup "tenang" di dalam kelas beliau. Ape kejadah dalam kelas pon nak menjerit2? haha

Baiklah, bile kite dah duduk rumah sewa nih, macam2 benda kite kene jage. Dah duduk satu rumah, kite dah jadi macam satu family, so hubungan dgn kawan2, mulut, mate, duit, dan jugak makanan memang kite kene jage.

1. Hubungan dengan kawan2
Oke, hubungan dengan kawan2 ni memang pekare penting yang perlu kite prioritize kan dalam komuniti rumah sewa. Walaupon kite duduk hanyelah satu sem bersame dengan rakan2 nih tapi kite kene ingat yang ini adelah semester terakhir kite bersame. So, cubalah sebaik mungkin jaga hubungan dengan member2. Yang mulut cam longkang asyik nak mengata membe, cube2 lah bersihkan sikit longkang lu. Tahan la satu sem je. Pastu same2 kite bkumpul wat reunion nanti, same2 la kite bahan kesah2 semester terakhir tersebut. Kan lagi seronok macam tu?

2. Duit
Ahhhh, duit. Bende yang paling penting dalam hidup semue orang. Lagi2 student. jadi macam biase, bile dah duduk rumah sewa nih duit mengalir macam air. Sekejap je duit dah habis. Bagi yang hisap rokok, tak payah la cite. Sehari sekali bli skotak rokok. Tapi semenjak aku duduk rumah sewa nih, duit aku tak habis2 lagi. Serius! So, ingin aku share kan tips2 untuk saving ala2 ahmad jaki.

i. Firstly, sebelum stat semester, aku akan beli megi, air 3-in-1 banyak2 cukup stok untuk satu bulan. Ofcoz la nak beli nih aku gune duit mak aku.
ii. Agak2 kalau dah boring makan megi, keluar la makan. Tapi tips aku, makan tengahari banyak gile babs. Seriously, banyak gile. Nasi satu pinggan, ikan/ayam seketul, sayur, secondary lauk(ayam, tauhu, udang, etc.) Air kasi minum teh o suam. Bia sampai rm9 makan tengahari asalkan boleh kenyang sampai malam. Malam hang study la, tgk movie ke, dgr membe2 gosip ke, gado dgn awek ke, ikut la suke hang nak watpa pon asalkan hang cepat penat n hang tidoq awal.
iii. Topap hang topap la untuk sbulan terus. Ikut la duit blanja hang sbulan banyak lagu mana pon, hang topap ikut kmampuan hang la. kalau aku, rm50 trus sbulan. Toksah dok kalut lagi dah lepas tu.
iv. Jangan beli coklat, jajan, n ape2 bende laen yang xde kene mengene dengan kekenyangan tapi ada kene mengene dengan kebangangan korang dalam membazir duit.
v. Plan korang punye belanje2 penting. Contoh, topap rm50, brodbend rm38, makan rm100, rokok rm50, tulis dalam diari ke apape yang senang ingat. InsyaAllah, hangpa semue akan berjaya.
vi. Oke, nih bukan aku. Tapi untuk golongan2 perokok tegar yang memang tak suko hisap rokok murah, seeloknya masa awal sem ke, mase baru dapat duit gaji, duit ptptn ke, ataupun duit dari mak bapak, jangan beli rokok hari2. Baik hang beli rokok sekarton terus untuk sebulan. Agak2 kalau tak cukup baik hang saving duit, beli niquitin je. Behenti terus.

3. Makanan
Baiklah, biasenye hangpa semue akan beli makanan2 yang sedap2 pade awal sem dengan menggunekan duit mak ayah korang. Contoh makanan yang sedap ialah biskut oreo, peanut butter spread, chocolate jam, biskut tin Jacobs Weetameal, roti Gardenia Butterscotch, etcetera2. Makanan2 ini adelah untuk mengisi masa lapang anda apabila tidak pulang ke rumah pada hujung minggu, semasa main game Fifa 2011, mase tgh buat assignment, di saat anda inginkan sesuatu untuk dikunyah pada musim hujan, pade waktu tengah2 pagi bute apabile anda terjage dari tidur dan inginkan perut anda diisi oleh makanan yang sedap dan bermacam2 lagi senario. Makanan2 seumpama ini wajarlah disorokkan di dalam locker anda kerna makanan ini bukanlah untuk dihabiskan secepat mungkin. Tapi untuk disimpan dan dimakan oleh anda sendiri pada saat2 seperti di atas.

Jadi itulah sedikit sebanyak tips2 yang dapat aku reka pada petang maulidur rasul yang selesa ini. Diharap tips2 ini dapat mengekalkan keharmonian rumah sewa anda dan juga rakan2. Sekian, terima kaseh.

dairi abang tukiman: percutian di rumah

helo kawan2!

ape kabar? sehat harini? hamdulillah, abang tukiman pon sehat je harini. hehe memoyo sket.
Mungkin stat dari harini, aku akan mulekan title stiap post aku dengan "diari abang tukiman" macam citer series la pulak kan? haha.

Oke2, baiklah. Sekarang aku berada kat rumah aku yakni di kajang. Asalnye aku tak nak balik kajang sebab malas and aku nak saving duit. Tapi atas beberape perkare, aku terpakse balik jugak. Tapi ade cerite laen pulak. Asalnye nak balik 4 hari je, tapi atas beberape sebab jugak, terpakse extend ke 5 hari pulak. haha. Saje duk rumah lame2 nak mengacau adik2 aku. haha. Biase la, abang mithali.

Sebab banyak sangat masa kat rumah, ditemani dengan aircond, hujan lebat dan jugak kipas yang aku bukak kuat2, menyebabkan aku banyak sangat berfikir tentang diri aku yang dulu dan sekarang. Disebabkan pemikiran aku yang sentiase kritis dan kreatif, setelah segale perbandingan yang dah dibuat tentang diri sendiri dari dulu sampai sekarang, aku dapat satu kesimpulan untuk diri aku sendiri iaitu : tiada perubahan.

Disebabkan tiade perubahan dalam diri aku, jadi aku mule buat research. Dalam research yang aku buat, macam2 cerite aku dapat, macam2 care aku tengok, dan membuatkan aku ingin hidupkan kembali impian2 aku.

1stly, aku nak kene kuruskan badan. Atleast 6 kilogram,minimum.

Kenape aku nak kuruskan badan? Sebab aku x konfiden dengan orang dengan tubuh aku sekarang. Bukan aku tak bersyukur dengan apa yang Dia bagi. Tapi ini adelah untuk aku, supaya aku boleh ada rasa semangat. Dan mungkin dengan buat benda senang ni, tugas2 seterusnya yang berat bagi aku macam takde hal je.
Oke sedikit sebanyak cerite kenape aku nak kurus sangat.
Dulu mase aku darjah 6, aku stat gemuk sebab banyak sangat makan junk food. Sebelum ni bile orang nampak aku, orang komplen, "Jaki nih macam x cukup makan! Kughuih semacam je." Tapi skarang, "Humangaih Jaki! Bakpe besar sangat badan kau nih?" Mase mule2 gemuk aku tak kesah sangat pon pasal badan aku. Aku selesa dengan badan camni. Tapi stat Form 3, mase tu aku pegi kem Syabab Fatayat kat hutan simpan UKM. Ade sorang brader sound kitorang mase tu sebab tak leh jage sorang budak. And dalam ramai2 yang kene sound tu, aku dan sorang sahabat aku yang jadi mangsa. Tak pasal2. Die cakap,"Ko ingat ko bagus sangat? Dahla GEMUK!" kalau die sound mase dengan budak laki je takpe. Tapi die sound skali dengan budak perempuan.hahahahha damn!!  Habis kem tu, aku selalu perasan budak2 perempuan akan mengata aku gemuk. Mase tu jugak, aku dah hilang konfiden nak bercakap, hilang konfiden nak pandang mata orang, hilang konfiden nak mengurat, hilang konfiden nak tonjolkan diri dan macam2 lagi la yang buat aku down sangat.
Jadi itu ade lah sedikit sebanyak kenape aku nak menguruskan badan.

Sebuah video mengenai kegemukan, to enlighten the mood:

Video nih aku tunjuk mase makan beramai2 dengan budak2 Form 5 SMKA Maahad Hamidiah, mase tahun 2007. Aduh, terkenang pulak!

2nd, aku kena start fokus and serius kat satu benda je in a certain time.

Kawan2 yang kenal aku dari lepas skolah akan samakan aku dengan satu benda = bisnes. Bile sebut ahmad jaki, mesti bisnes. Bile sebut Jaki Zainuddin, mesti bisnes. Bile sebut Jaki hensem, mesti bisnes. Aku dengan bisnes memang tak dapat dipisahkan. Bile ade peluang depan mate je, mesti aku amik. Tak kisah bisnes ape pon, asalkan halal je la. Tapi baru2 ni, ayah aku ade sebut samting kat aku "Boleh tak kalau pasni ayah tak nak dengar awak sebut2 lagi pasal bisnes? Ayah nak awak fokus kat belajar awak je." Memang betol pon ape yang ayah aku cakap. Sebab setiap kali aku tensyen, kalau bukan sebab awek n kawan2, mesti sebab bisnes. And setelah sekian lame berfikir, memang betul pon. Banyak aku dah lupe pasal blaja sbab aku dok sibuk pikir pasal bisnes je. So, skarang ni aku fokus kat course yang aku belajar skarang je. Tinggal lagi satu sem je pun. Ni la mase untuk aku prove kat orang yang aku ni hebat. Hahaha!  Habis blajar, baru la aku akan stat pikir benda2 yang aku dah lame sangat nak buat macam blaja photography, kulinari, bisnes, buat short film, keje n travel.

Sampai sini saje lah penulisan dalam nada separuh serius aku. Aku memang serius orangnye. Sebab tu aku sentiase cool. Oke.

Cerite zaman persekolahan aku akan disambung dalam mase terdekat. oke.

See u soon, johhny.

Sunday, January 2, 2011

Darjah 1

tahun 2010 sudah melabuhkan tirainye pade Jumaat kelmarin.
skarang 2011 plak menjelma. 
Macam2 bende yang terjadi sepanjang tahun 2010 nih. Segale suke duke aku besame kawan2, besame si dia, besame family. Banyak benda aku blaja sepanjang tahun 2010. And this year, i hope i can practice what i had learn in previous year. 

So, aku dah balik ke Jengka, ke UiTM Pahang. Skarang aku duduk rumah sewa. Ceh. Dan ini adelah sem terakhir aku kat sini. Aduh, rase sedih pulak sebab dah nak dekat habis sem rupenye aku nih. Rase nak nangis pun ade. Da jadi abang senior da skarang. Stim plak rase. haha

Bile dah duduk rumah sewa ni macam biase la, kat Jengka je pun. Ape je yang ade. Bak kate muaz jamin, Jengka sgt boring. haha. Ini bukan kampus Shah Alam, bukan kampus Alamanda, ataupun mana2 kampus UiTM yang berdekatan dengan bandar2 maju. Ini Jengka je. Bukan macam bandar2 kosmopolitan laen yang sangat lively dan happening pada waktu malam. Mat rempit pun macam dah senyap kat sini. 

So bile dah boring, tengok la berite tadi. Cerite pasal budak darjah 1 yang baru masuk skolah. Haha. Macam2 ragam. Bile ditanye kat budak yang pakai songkok - "Adik dah besar nanti nak jadi ape?" dijawab - "Nak jadi ustaz!" Bile ditanye kat budak yang gigi rongak - Adik dah besar nanti nak jadi ape? dijawab - Nak jadi doktor gigi. Haih. Bebudak. jangan tersilap pilih jalan sudah la ye dik oii.. Ade yang menangis masuk skolah. haha. Macam2. 

Teringat zaman aku menangis mase ujian pra-sekolah nak masuk darjah satu dulu. Cikgu tu tunjuk macam2 blok kat aku, ade bentuk segitiga, petak, bulat. Die tunjuk satu blok segitiga kat aku. Dia tanya, "Ni bentuk ape nih, adik comel?" aku diam je..aku pandang je blok tuh..dalam hati aku jawab, "Ni segitiga nih cikgu..apela soalan mudah. Cube la tanye sape orang petame naik ke bulan ke.." tapi aku diam..aku diam..dan serta merta, entah macam mane, aku menangis, aku peluk bapak aku, aku jerit kat die - "Tu triangle tuh! Huaaaaaa!" bapak aku gelak je. Pastu die dukung aku bawak aku keluar dari kelas tu. hehe. Tau2 je tahun depan aku masuk sekolah tu. Dan aku stay kat sekolah tu sampai aku Form 4, and i was some sort of a legend at that school. All teacher, all student knows me. 

Bile terkenang zaman sekolah ni, aku teringin nak cakap kat brader2 diluar sane yang dah rosak akhlak dan takde mase depan. Kalo yang dah rosak akhlak tapi masih ade mase depan tu takpe, coz they'll know when they have to stop being nobody, and start being somebody, being legendary. 

Aku nak tanye, nak mintak diorang kenang balik zaman darjah satu. Mase kecik2 dlu,bile diorang ditanye nak jadi ape, ape yang diorang jawab? Mesti ade yang nak jadi doktor, mesti ade yang nak jadi askar ke polis ke, usahawan ke, polis ke..benda2 basic yang diorang tau mase darjah satu. Sebab mase kecik mane la kite tau ape tu quantity surveyor, mane la kite tau ape tu accountant, mane la kite tau ape tu statistician, pharmacist, lab assistant,  ke dan macam2 lagi la jenis2 kerja yang ada zaman sekarang. Bile dah besar nih macam2 kite boleh tau, sanitation engineer(tukang cuci) la, dan macam2 lagi nama2 kerja yang hebat tapi gaji sikit.

Oke2 dah banyak mase terbuang, berbalik pade brader2 yang rosak akhlak diluar sane. Bila ditanye macam tu adekah diorang akan terpikir matlamat asal diorang blaja dlu? Adekah diorang akan rase nak stat blaja balik, ataupun cari sesuatu untuk dibuat supaye diorang boleh rasa pengalaman hidup yang lebih mencabar, supaye diorang boleh rase diri diorang cukup professional untuk menyelesaikan sesuatu masalah, ataupun mampu untuk bersaing dengan brader2 yang sama2 rosak akhlak dengan diorang tapi lebih berjaya? 

Adekah mereka mahu dan mampu untuk bersaing ataupun menjadi sama, berdiri di atas satu jambatan yang sama dengan golongan2 professional yang mampu membina hidup sendiri, punyai kereta mewah, punyai rumah besar, keluarga yang bahagia dan tidak mempunyai masalah hutang yang banyak, serta mempunyai masa depan cerah, mempunyai impian tua yang indah iaitu hidup selesa tanpa hutang, dan melepak habiskan masa di rumah yang selesa, melihat keindahan flora, melihat saat gugurnya daun2 kering dari pokok bersama2 isteri tercinta, bersama anak2 yang berjaya meneruskan legasi mereka, bersama cucu2 yang ceria. Ahh, indahnya hidup itu. Tidakkah kalian mahukan hidup sebegitu?

As far as i can see, every people are made just like the same. We are one. Our heart are one. Fren, kite same2 manusie. Kite boleh. Kite boleh ubah hidup kite jadi lebih bergune dan lebih bermanfaat. Jangan sia2kan masa muda kita. Jangan sia2kan setiap nafas yang kita hirup hembuskan. Gunakan dengan sebaik mungkin. We are never too late to start our precious life.