Pages

Sunday, May 30, 2010

jamban dan 'yak'

salam selamat dan selamat pagi kepada anak2 muda yang berintelek wawasan.

tido pukul 5 pagi dan bangun pada pukul 8 pagi adalah satu kejahatan,lebih2 lagi kalau anda terpakse hanta adik yang bersekolah dan mempunyai exam pada pukul 8 pagi. minta maaf cikgu adik aku,bagi la lebih mase sikit untuk dia jawab soalan.

anyway,pagi ini sangat segar dan suam2 kuku. Panas yang tak panas sangat,sejuk yang tak sejuk sangat. Alhamdulillah,so far so goood. =) dan disebabkan cuaca sebegini lah yang menyebabkan aku asyik terase sakit perut dan kalo tak silap aku,dari pukul 12 tengah malam tadi sampai la skarang, dah 5kali aku melepas. Entah kenape la perut aku ni nak buat hal plak tak pasal2. habis semue sambal udang,kari ikan,sirloin steak yang aku makan semalam. DAMN!

alang2 kite bercerita pasal jamban, why not kite kupas lebih mendalam lagi tentang topik ini ye tak? jadi,jamban nih ada dua jenis kalo untuk 'yak'(lebih sopan kalo aku tulis camni instead of berak,ye dok?) ade yang jenis duduk dan mencangkung. Oke,ini adalah basic of jenis jamban. Untuk jamban mencangkung, kite ade macam2 jenis, japanese style, dan macam2 lagi yang boleh di search dekat internet. Dan di sesetengah negara yang mundur dan kotor, ada jamban yang bersambung dengan kubang babi, maksudnya bila anda 'yak' ada babi stand by kat bawah untuk makan taik anda. Takpelah kalo dorang nak makan sedap2 ye tak?

1. Jamban Duduk
satu perkara yang perlu anda ingat semasa menggunakan jamban duduk adalah, JANGAN MENCANGKUNG,ia akan membawa padah. Tak percaya? mari kita sama2 menghayati gambar ini.
alkisahnya, seorang manusia mencangkung atas jamban duduk dan jamban itu pecah sebab tak dapat menampung berat badan sahabat kita di atas. Dan, anda tahu apa akibatnya, apa senario2 seterusnya yang berlaku di mana serpihan - serpihan tajam dan keras jamban itu mencucuk punggung sahabat kita di atas. Dan ada juga kisah yang menceritakan seorang sahabat kita mencangkung atas jamban duduk dan kali ini,kaki dia terpelosok jauh ke dalam lubang jamban dan terpaksa memanggil bomba untuk memecahkan jamban tersebut.

baiklah,baiklah,berbalik kepada topik asal. Kelebihan menggunakan jamban duduk adalah senang dan selesa,sebab kaki rilek je boleh lurus dan boleh kangkang,boleh bace komik,buku,majalah,etc,etc(kcuali al-Quran). Dan,anda boleh tertidur di dalam tandas itu sambil punggung anda menyelesaikan segalanya. Tapi, satu kelemahannya ialah kuantiti 'bahan cernaan' yang dikeluarkan adalah terlampau sedikit berbanding dengan jamban mencangkung.

2. Jamban mencangkung
jamban mencangkung adalah jamban yang paing aku tak suka guna. Sebab apa? bila nak guna kena mencangkung. Dan kelebihan bile mencangkung adalah kuantiti bahan cernaan yang dikeluarkan adalah sangat banyak sebab kita memaksa bahan itu dikeluarkan. Seronok memang seronok,puas memang puas tapi itulah yang membawa kepada kelemahannya. Bila terlalu lama mencangkung,darah pergi kat kaki akan terbantut dan membawa kepada kekebasan sementara dan otot kaki yang lenguh.

ya,ini adalah cara menggunakan jamban di jepun,dan penerangan lanjut tentang jamban jepun anda bolehlah baca di blog ini,Realiti Konspirasi

kalo kat kedai mamak, anda prefer jamban yang camna?

p/s: orang terengganu mesti selalu bgadoh sbab jamban n jambang. eh?

2 comments: