Pages

Monday, May 31, 2010

AP ( sebutan: Eh Pi)

salam selamat dan selamat malam. Kepada warga2 Malaysia yang berada di negara Matahari terbit, aku ucapkan selamat bangun pagi.

kepada Arfakh Syiadz(fb profile: Syaz Afak) ade bende aku nak ucapkan. Tahniah! dan, acik,acik syal.. hahahahaha. oke, cukup kat afak.

sebelum itu, aku nak mulakan post nih dengan serangkap ungkapan dari sebuah lagu baru yang hot di fly.fm buat masa ini.
~I wanna be a billionaire so fricking bad~
~Buy all of the things I never had~
Travie Mccoy feat. Bruno Mars - Billionaire
sumber lirik dari www.directlyrics.com

Billionaire, ataupun dalam bahasa melayu, jutawan, ataupun dalam bahasa yang semua orang nak faham, kaya raya. Memang seronok bila jadi jutawan, semua bende yang kita nak kita boleh dapat. Nak angkat dSLR harge rm20000, boleh dapat. Henpon Vertu yang takde pape kegunaan tapi harge mahal nak mampos, boleh dapat. Ferrari,Lambo,Porsche,Maserati? Celah ulser gusi je bhai.

Jutawan nih terbahagi kepada dua bahagian, jutawan semulajadi dan jutawan sendiri.
Jutawan semulajadi adelah anak - anak golongan bangsawan, yelah, dah waris harta bapak je dah boleh jadi billionaire. Dan juga anak - anak tokey bisnes atau syarikat besar, seperti Maxis, Celcom, tokey gula, Tissue Premiere, Kotex, Petronas dan sebagainya. Bila dah besar, terus sambung legacy ayahanda ataupun bonda tercinta dengan menyambung bisnes ataupun duduk melepak sampai labuh punggung duk menghabiskan beras dan duit, disamping berjoli dengan rakan - rakan muda. Tapi aku tau, tak semua anak golongan bangsawan macam tu. Paling tak pon, keje dengan syarikat ayah. Itulah paling malas pun. Malas - malas pun, gaji tinggi bhaii.

Jutawan sendiri pulak biasanya mereka - mereka yang berani menanggung risiko untuk mencuba buat bisnes sendiri, seperti jual nasi lemak, bukak restoran, buat Law firm, Accounting firm, jual insurans, internet business dan sebagainya. Mereka adalah golongan - golongan yang berani mencuba nasib. Starting from zero to hero, dan dianggap sebagai pahlawan yang gagah berani dalam memantapkan ekonomi sesebuah negara.(Ceh, ayat macam power lak. hehe)

dan satu lagi, jutawan yang tak disebut adalah, jutawan MLM. MLM singkatan kepada Multi Level Marketing adalah trend terbaru yang berada di dunia pada zaman moden ini. Cerita pasal MLM nih memang panjang. Nanti aku buat satu post pasal MLM.

Jadi bila sebut pasal MLM nih, teringat ada satu kali sorang membe aku yang namanya disebut di awal post ini,Arfakh Syiadz ataupun Afak,ajak aku untuk join satu bisnes yang digelar AP.

Mula2 nya aku ingat lagi, dia hantar satu mesej(mase tuh aku xde nombo baru dia),"Mari ramai2 dengar talk skim AP di Hotel Hilton Kuala Lumpur. Join skim AP,modal hanya RM10. Bulan pertama boleh dapat 50sen, bulan seterusnya anda boleh dapat sport car." Pastu dapat lagi satu mesej,"Skim AP, trend terbaru MLM masa kini. Lagi hebat dari ****. Skim AP,BEST!"

n then aku macam, sape taik nih, dahla hanta msg kat salah orang,pastu nak buruk2kan bisnes aku wat lak. Tapi takpe, kite rilek dan cool dulu. Pelan2 kayuh. Nanti dapat la tau sape yang dok menghantar mesej tuh.
Nak dijadikan cerita, satu hari aku tengah on the way nak gerak jumpa membe,n aku bertembung dengan si Afak nih. Dia terus jerit, "AP FOR LIFE!" dengan nada yang semangat cam Tunku Abdul Rahman melaungkan merdeka pada 31 Ogos 1957.
Aku sangat marah sebab tau dia la yang rupanya tak habis2 hantar mesej kat aku cite pasal AP. Dan stat dari hari tuh, die annoyed aku dengan segale wall post dan mesej yang tak habis2 bising pasal AP. AP FOR LIFE! Bangsat, Lahanat. Aku maki hamun dia bila dia hanta wall post camtuh.

Dan pada satu ketika, aku tak tahan sebab dia tak habis2 nak aku join AP, aku dah tensyen, aku sendiri nak g jumpa dia. Mula2 time tu dkat chat facebook.

jaq: AP nih hape? bak sini marketing plan. Aku nak usha. Ko katne?
afak: hehe.. aku kat ofis.
jaq: ofis katne? KL? PJ? aku datang skarang.
afak: aish. jauh sangat tuh. Ofis sama ada kat al-Maju ataupun kat rumah aku. Aku skarang kat rumah.

al-Maju adelah kedai mamak belakang rumah aku. Tomyam dan nasik goreng ayam die sangat sedap. Rugi sape tak makan.
oke, berbalik pada perbualan kitorang. Bile die sebut kat rumah, aku da jadi sangat berbulu sbenanye. Tetibe aku rase cam ade bende tak kene. Tapi takpe, memandangkan rumah die n rumah aku sangat dekat, aku pegi je la rumah dia.

jaq: hah, bak sini kau punye marketing plan,aku nak usha.
afak: mane ade marketing plan. AP nih satu bisnes yang simple, tak payah nak kompleks2 sangat siap ada marketing plan.
jaq: oke,fine. ko terangkan kat aku skarang apende AP nih. Aku nak tau sangat. Kalo masyuk, aku boleh join.
afak: shehhhhh,fuhhhhhh(sambil isap,hembus rokok). Tak payah. Ko join, bayar RM10 kat aku, pastu, aku pegi melabur kat Bursa Saham.
jaq: (faktap) Kepale ko, dah tu apesal sebulan dapat 50sen? Pastu bulan depan dah boleh kua duit sampai bejuta2?
afak: sebab aku bukan cari ko sorang, ramai lagi yang melabur kat Bursa Saham. Bulan pertame, dividen 50sen. Bulan kedua, ko isi satu borang, tulis bape amaun ko nak amik, amik sign aku je, setel! hahha..
jaq: (shit) abis tu apesal plak bulan kedua da boleh dapat sport car?
afak: shehhhhhh..fuhhhhhhhh.. macamni. Bulan kedua, ko bagitau aku kete sport idaman ko. Aku print gamba kete tuh dari internet, amik tunjuk kat ko, tampal kat muke ko.
jaq: ..................................(ko memang anjing.)
jaq: ape sbenanye maksud AP nih?
afak: (dengan bangga) Afak's Pyramid.
jaq: ..................
aku lepak jap, tunggu die abis sap rokok, pastu aku blah tanpa berkate apape.

                        afak, sampai skarang, ko memang LAHANAT! hahahahaahahahaha

adrenaline rush

salam selamat, rakan - rakan dan sahabat handai saya.

Adrenaline rush refers to an activity of the adrenal gland in a fight-or-flight response, when it is releasing adrenaline (epinephrine). A chronic hyper-adrenaline is a common symptom of an anxiety disorder, but in some cases it may be due to phaeochromocytoma, a tumour in the adrenal medulla. An adrenaline rush causes the muscles to perform fermentation at an increased rate improving strength. This gland produces chemical messenges (hormones) to help regulate the body's activities. It works with the nervous system to interpret impulses that trigger selective glands.
           -sumber dari Wikipedia




Adrenaline rush, ataupun, entahlah,aku pun tak tau camne nak describe dalam bahasa melayu sebab aku bukan blaja sains. Jadi, mungkin sahabat2 sekalian pernah merasa saat2 adrenaline rush ataupun dalam bahasa melayu, buru - buru adrenalin(setelah aku translate kat google).

Adrenaline rush ni biasanya berlaku time2 yang ko tak sangka pun akan terjadi, contohnya, bila diragut, ditakutkan(diperanjatkan,diterkejutkan,etc,etc),saat2 ingin menghadapi accident, panic attack, ah senang cerita banyaklah. Nanti kalau explain banyak2 takut salah pulak, aku bukan orang sains.

sebenarnya cerita ini ingin menceritakan perihal petang tadi,di mana aku nyaris2 menjadi arwah ataupun cedera parah.

Sebelum ayah aku fly pegi France, dia ada cakap kat aku, "tayar kereta myvi tuh dah botak. Xde bunga dah. JANGAN DRIVE LANGSUNG,LAGI2 TIME HUJAN. Dia dah tak kuat nak cengkam jalan tuh. Kalau hujan,jalan licin,memang,OUT!" dalam nada marah,tegas dan serius laksana seorang anggota polis. hehe,itulah bapak aku.

Jadi, seperti biasa, aku yang berjiwa racer dan berdarah muda ini dengan berlagak dan ego, berkata dalam hati, "eleh,apedehal. Bawak je lah slow2,aku bawak hujan2 rilek je bro. Xde hal lah. Kate racer."

Nak dijadikan cerita, petang tadi, aku on the way dari Puchong nak ke Bangi sebab nak amik adik aku kat sekolah. Dan kebetulan, hujan lebat dan petir serta kilat sabung menyabung ibarat persahabatan manusia,tiada henti. Bile aku nak masuk selekoh ke simpang Putrajaya - Kajang, aku ternampak satu kemalangan sederhana kecil yang melibatkan sebuah kancil dan divider jalan. Belah kiri kanan kete tuh kemek, mungkin tegelincir pastu terpusing 360 darjah kot? mungkin.

Tiba-tiba aku teringat kata2 ayah sebelum die fly tuh,tapi hati aku cakap,"ah xpelah. Xdehal bro, kate racer kan." So lepas tuh, aku stat pecut sume kete, kiri kanan aku potong, hambik kau,makan gerimis jalan raya aku. And sampai kat satu lori warna merah yang biasa kita nampak jenis2 bawak barang tuh, aku potong, n ada satu selekoh yang tak tajam sangat pun, tak, sbenanye langsung tak tajam, selekoh sikit je. Sebab tengah laju, so aku tekan brek. Ntah macamne, ade lopak air kat situ n by the time aku tekan break tuh, kete tuh terikut dengan lopak air, n tanak break langsung. Licin, n macam tergelincir. Bile kite tergelincir, xleh nak control badan kan? macam tu lah kete aku time tuh.

Dan kebetulan takde kereta langsung tepi aku, tapi depan aku ade lori kecik. Kete aku tergelincir menghala ke arah bucu lori tuh, aku tekan break, aku pusing stereng, same je keadaan, langsung tanak berganjak, die terus straight je. Dalam hati aku dah, "selamat tinggal dunia..kebabom(efek bunyi eksiden dan meletup)." sebab aku baru perasan lori tu bawak tong gas. Tapi entah camna, mungkin Allah tak takdirkan aku meninggal hari ini kot, adrenaline aku tetibe menyebabkan kaki kanan aku lagi sekali menekan break, dan kali ini, kuat yang sangat kuat dan cuba memusing stereng lagi sekali.

Alhamdulillah, bile kete tu betul2 dah dekat dengan bucu lori tuh, kete aku terpusing ke kanan hampir langgar divider pulak tapi adrenalin aku skali lagi menyebabkan aku pusing stereng ke kiri dan straightkan kete aku. ALHAMDULILLAH, dalam hati aku. Lepas dah menggelabah dan menggelupur muke pucat cam hape, aku tengok cermin blakang, ade dua lori warne merah yang nampak keadaan aku n slowkan lori dorang. Nasib baik ada manusia yang prihatin macam tuh. Kalo dorang terus je, alamat memang arwah la aku. Astaghfirullah.

Aku terbayang kalau la aku betul straight je tadi, n terus langgar bucu lori tuh. aduh. memang bucu tuh terus tikam muke aku. aduh..seksanya.

Alhamdulillah, aku selamat. Aku gtau keadaan tadi kat mak bapak aku dengan harapan dapat guna Camry bapak aku. Tapi, bile niat tak iklas, memang tak dapat la. Aku harapkan simpati, cam mak aku akan cakap something like, " Anak umi selamat tak? astaghfirullah. Minta maaf, nanti umi mintak ayah tolong belikan Satria Neo Lotus untuk awak.." dan bapak aku pulak akan cakap, "Ayah yang salah, patutnye ayah dah tukar Kereta tu jadi Satria Neo dulu. I'm Sorry, My son." tapi, tak dapat la jack.

Bapak aku maki hamun bukan maen lagi, mak aku pulak dok cakap aku yang salah la hape la. hahahaha. aku dok melayan la kena marah tadi. Memang padan muke aku pon, blagak sangat.

kata doktor: kepada anak2 muda belia di luar sana, dengarlah cakap mak bapak. Besar mana pun kepala anda, besar lagi amanat dan kata2 mereka. Janganla ego dan menyombong diri dan tak mau mendengar kata2 mereka. Percayalah, dari dulu aku tanak dengar cakap dorang sebab aku blagak. Tapi satu hari nanti, korang akan sedar sendiri. Nak blagak, nak ego skarang, buat lah. Tapi satu hari nanti pastikan anda menyesal. Serius.

Sunday, May 30, 2010

jamban dan 'yak'

salam selamat dan selamat pagi kepada anak2 muda yang berintelek wawasan.

tido pukul 5 pagi dan bangun pada pukul 8 pagi adalah satu kejahatan,lebih2 lagi kalau anda terpakse hanta adik yang bersekolah dan mempunyai exam pada pukul 8 pagi. minta maaf cikgu adik aku,bagi la lebih mase sikit untuk dia jawab soalan.

anyway,pagi ini sangat segar dan suam2 kuku. Panas yang tak panas sangat,sejuk yang tak sejuk sangat. Alhamdulillah,so far so goood. =) dan disebabkan cuaca sebegini lah yang menyebabkan aku asyik terase sakit perut dan kalo tak silap aku,dari pukul 12 tengah malam tadi sampai la skarang, dah 5kali aku melepas. Entah kenape la perut aku ni nak buat hal plak tak pasal2. habis semue sambal udang,kari ikan,sirloin steak yang aku makan semalam. DAMN!

alang2 kite bercerita pasal jamban, why not kite kupas lebih mendalam lagi tentang topik ini ye tak? jadi,jamban nih ada dua jenis kalo untuk 'yak'(lebih sopan kalo aku tulis camni instead of berak,ye dok?) ade yang jenis duduk dan mencangkung. Oke,ini adalah basic of jenis jamban. Untuk jamban mencangkung, kite ade macam2 jenis, japanese style, dan macam2 lagi yang boleh di search dekat internet. Dan di sesetengah negara yang mundur dan kotor, ada jamban yang bersambung dengan kubang babi, maksudnya bila anda 'yak' ada babi stand by kat bawah untuk makan taik anda. Takpelah kalo dorang nak makan sedap2 ye tak?

1. Jamban Duduk
satu perkara yang perlu anda ingat semasa menggunakan jamban duduk adalah, JANGAN MENCANGKUNG,ia akan membawa padah. Tak percaya? mari kita sama2 menghayati gambar ini.
alkisahnya, seorang manusia mencangkung atas jamban duduk dan jamban itu pecah sebab tak dapat menampung berat badan sahabat kita di atas. Dan, anda tahu apa akibatnya, apa senario2 seterusnya yang berlaku di mana serpihan - serpihan tajam dan keras jamban itu mencucuk punggung sahabat kita di atas. Dan ada juga kisah yang menceritakan seorang sahabat kita mencangkung atas jamban duduk dan kali ini,kaki dia terpelosok jauh ke dalam lubang jamban dan terpaksa memanggil bomba untuk memecahkan jamban tersebut.

baiklah,baiklah,berbalik kepada topik asal. Kelebihan menggunakan jamban duduk adalah senang dan selesa,sebab kaki rilek je boleh lurus dan boleh kangkang,boleh bace komik,buku,majalah,etc,etc(kcuali al-Quran). Dan,anda boleh tertidur di dalam tandas itu sambil punggung anda menyelesaikan segalanya. Tapi, satu kelemahannya ialah kuantiti 'bahan cernaan' yang dikeluarkan adalah terlampau sedikit berbanding dengan jamban mencangkung.

2. Jamban mencangkung
jamban mencangkung adalah jamban yang paing aku tak suka guna. Sebab apa? bila nak guna kena mencangkung. Dan kelebihan bile mencangkung adalah kuantiti bahan cernaan yang dikeluarkan adalah sangat banyak sebab kita memaksa bahan itu dikeluarkan. Seronok memang seronok,puas memang puas tapi itulah yang membawa kepada kelemahannya. Bila terlalu lama mencangkung,darah pergi kat kaki akan terbantut dan membawa kepada kekebasan sementara dan otot kaki yang lenguh.

ya,ini adalah cara menggunakan jamban di jepun,dan penerangan lanjut tentang jamban jepun anda bolehlah baca di blog ini,Realiti Konspirasi

kalo kat kedai mamak, anda prefer jamban yang camna?

p/s: orang terengganu mesti selalu bgadoh sbab jamban n jambang. eh?

Saturday, May 29, 2010

pembantu rumah




pembantu rumah(bibik,embak,embah,kakak,sukarni..etc,etc)adalah orang yang bertanggung jawab menjaga rumah kita di saat2 ibu bape pergi kerja dan anak2 di sekolah,di samping manjaga adik2 kecil yang masih tidak bersekolah. selain itu,bibik juga boleh memasak,menjahit,mengemas dan tak malas.

duduk dalam family yang menjadi ejen mencari pembantu rumah nih, membuatkan aku selalu la terdengar beberapa perkara tak enak berkenaan embak2 yang pemalas dan sering membuat masalah.(lari ikot pakwe,lari sebab tekanan perasaan,bajet cun,malas,etc,etc).

aku tengok kebanyakan bibik2 skarang nih bukan maen nak tip top lagi. Ade henpon,nak ade 3g. Tapi dorang tak tau nak gune la 3g tuh. kadang2 bibik nih bukan betol,orang beli henpon utk bg die contact majikan bile saat2 yang diperlukan tapi die g bantai cari pakwe laen kat malaysia yang dok jadi buruh tu,pastu dok men mesej2,koling2 dengan dia.Yelah,orang da ade henpoonnn~(ikut nada suara rosnah mat aris)

teringat plak dulu aku pnah dengar bibik sebelah rumah aku gado dengan pakwe dia,hahahahahahahahahahahaha...
"mas,enggak mau begini ya mas,aku cintain bangat sama kamu..enggak mahu pisahin sama aku..(isk,isk)..cintain bangat sama kamu...(isk,isk)"
"makasih ya mas,enggak mahu wat gini lagi ya..kita sama2 bahagia ya mas? aku cintain bangat sama kamu..(muuaahhh..)..hihik.."
pastu die menggedik sampai mati,geli aku. tapi skarang die xde dah,dah lari ikut mas kesayangan die,jadi buruh buat loji kat blakang taman rumah aku.

tapi tu baru henpon 3g,belum henpon yang ade wifi lagi.. peehhhhhhhh. kot dah expert sampai ade wifi,mesti la nak fesbuk je keje,nak lagi advance,wat blog. pehh..haha. tak pon iklankan kain2 kendong untuk di jual,bleyh wat bisnes. haha

tapi,bayangkan kalo bibik ade fesbuk? pelik gak. mesti nak add kite,pastu sebok2 stalk hidup orang. kalo bibik ade blog? huh lagi la. ade beberape pekare yang bibik boleh wat bile ade blog:

1. buat risalah melepak petang2 tepi rumah bibik maimunah.
2. iklankan muke diorang supaye mas2 kesayangan diorang yang xde henfon canggih boleh usha muke dorg.
3. luahan perasaan( putus cinta,majikan cam taik,anak majikan wat palat,etc,etc)
4. post boring(post yang dibuat atas dasar suka2 sebab xde keje)
5. letak gamba die dengan anak majikan yang paling kecik(konon ayu la,nanti market sket)
6. letak gamba family kat indonesia(sebab rindu)

betol tak? henfon yang ade mp3? huii..lagi lah. tangkap leleh gak. dorang ni perangai cam macha jugak senanye. pantang ade lagu yang best kat telinga diorang, terus dorang bukak kuat2. time nak melepak tuh,time tu la die pasang. bebulu jgak aku slalunye. depan rumah aku la selalu jadi mangse dorang bukak lagu kuat2, apa hangpa suma xdak port lain ka?

tapi apape pon, bibik lah yang menjage makan minum kite di saat mak bapak kite bizi. bibik lah yang mengemas rumah di saat mak dan kite sume tiade mase. bibik sanggup bekorban tak balik indonesia untuk jumpa family semata2 sebab nak jaga kita sekeluarga punya kebajikan dan makan minum. bibik aku sanggup bedepan dengan masalah besar di indonesia sebab nak jaga family aku.
berterima kasih la kat mereka sebelum diorang dah tamat contract ataupon passport mati.

Thursday, May 20, 2010

ALAMANDA's dudes,welcome to JENGKA.

tengah seronok dan marah sebab kene bangun pagi2 tapi tak puas tido,aku usha facebook. Tersentak untuk aku usha gamba junior yang baru di upload. tengok2 komen, ade sorang budak yang macam aku knal dalam knalan die. aku tekan profile die. usha2 gamba yg di tag.n then, aku tnampak satu album,'uitm jengka'

aku malas nak cite panjang. bunyi album pon da cam mengutuk. apatah lagi isi2nya.
dude,korang belajar kite pon blajar.
jengka adelah kawasan kampung,bukannye kawasan bandar cam alamanda. so dont expect something better la oke?
stakat mandi pon kne bratur,ape la sangat kan? muafakat la ckit. nak bayar makan pon kne bratur ye tak?
kite same2 uitm ape gune nak banding2.

papehal pon,selamat datang ke jengka. walaupun lambat lagi senanye.