Pages

Wednesday, June 2, 2010

Anjung Kajang

Assalamualaikum dan selamat malam.
Setelah 3hari lagi aku penat dan tak cukup tidur, alhamdulillah pada hari ini aku dah cukupkan tidur aku selama 8jam. 4jam waktu pagi n 4jam waktu malam. Supaya aku boleh menjadi kelawar malam ini dan merayap pusing2 cari ketenangan di bandar Kajang.

Biasa nya satu hari aku akan letak dua entry, satu awal pagi dan satu lewat malam, tapi hari ini, lemau sangat lah. Pagi2 lagi dah hantar adik( ya kali ini aku tidak terlambat,hahaha), pegi check gigi(buat scaling) dan hasilnya? hilang kesan2 karat gigi hasil daripada rokok yang dihisap setahun lepas(skarang aku dah stop. hehe), pegi survey harga tayar Michelin untuk Myvi aku, dan pulang ke rumah, tertido 4jam.


Bangun2 je, tv terpasang cerita Phua Chu Kang, satu sitkom yang aku paling minat gile dulu waktu umur separa remaja kat ntv7, Your Feel Good Channel. Cerita ni mengisahkan tentang Phua Chu Kang(Gurmit Singh) dan keluarga dia dan jugak dia punya company,PCK Pte Ltd "The best in Singapore and JB..and some say Batam." Sape tak suka tengok Phua Chu Kang. Pelakon Malaysia macam Afdlin Shauki n Aaron Aziz penah belakon dalam cite nih jugak.

Oke cukuplah. Entry ni bukan nak cerita pasal cite nih, nak tau pasal cerita nih pegi search kat google pastu baca kat WikiPedia pun boleh.
__________________________________________________________________________________

Kalau ada kawan2 atau sesape yang pernah pegi Kajang, mesti korang akan lalu Highway Kajang Silk. Penduduk Cheras plak, bleh gi Kajang ikut Highway Cheras,tol 90sen ataupun ikut jalan dalam dari Jusco Cheras Selatan n Bandar Tun Hussein Onn(BTHO). Oke nanti aku bukak entry cite pasal bandar Kajang plak.

Pernah dengar nama Restoran Anjung? Restoran Anjung nih ada beberapa cawangan macam kat Seri Kembangan(Opposite KTM Serdang), Serdang(dekat bulatan yang kat loji tuh,dekat dengan Restoran Chop N Steak), Putrajaya(dalam bangunan apa ntah), Kajang(depan Balai Polis Kajang). Aku nak tulis pasal Anjung Kajang.

Anjung Kajang ni adalah satu - satunya restoran masakan melayu dan western yang dibuka 24jam di tengah - tengah bandar Kajang. Kalau tiba - tiba lapar tengah malam dan ada terasa nak pekena Nasi Goreng Kampung, bolehlah pegi sini. Makanan tengahari, murah2 belaka. Sedap pun sedap.

Apa yang ada dekat sini? haaaa, macam2 ada.
Kalau dah nama pun Anjung Kajang, dan letak pun kat bandar Kajang, mestilah ada Sate Kajang. Sate kat anjung ni tukang pembuatnya adalah Wak, dan aku rasa stakat nih sate dia buat lah yang paling sedap penah aku rasa. Dan ya, 24jam gerai sate ni dibukak. Tapi belah siang, tukang buat sate orang lain,bukan Wak. Tapi masih sedap jugak.

Kita ada Nasi Ayam Kampung, RM7.50. Disajikan sekali dengan Kuah Kari Daging,ulam,dan sambal belacan. Pehhhhh, dah meleleh air liur? sabar dulu.
Lepas tu, setiap hari Rabu kita ada promotion, customer yang order nasi goreng kampung/nasi goreng biasa akan dapat FREE air sirap satu. RM4.50. Mahal? sabar dulu. Air sirap nih kita ada free refill. Style McD n Burger King lah.

Western Food stakat ni memang terbaik lah. Tapi jarang aku tengok orang order western. Mungkin sebab orang semua nak makan Malay Cuisine je kot? mungkin. Lidah melayu pure punya. Kate orang Kajang kan.

Roti2 bang, xde ke? Eh sape cakap takde? Ado....
Roti canai kita ada, tosai, capati, roti telur, tisu, boom, pisang, sardin suma ada.

Tukang buat air adalah orang tempatan punya, untuk sebelah siang. Malam, kita amik orang international sorang, merasa air tangan orang international sekali sekala apa salahnya ye tak? Bukan kat restoran Itali restoran arab restoran Omputih je kite boleh rase air tangan orang international, Anjung pun ade. Hah, dekat je. Murah lak tu. Bagi kawan2 aku yang pernah makan kat Anjung, dorang cakap Teh O Ais terbaik. Mestilah, Teh O mane ade tak sedap. Tapi, terbaik? Mungkin aku tak salah dengar.

Cukuplah tu aku promote. Nanti komisyen kaw2 plak dapat kat aku. hehe.

p/s: Dont play - play ah.

update 3 June 2010, 1:02 PM: kita marah bila Israel buat kekejaman, ya betul, memang kita marah. Kita benci, kita cakap, Israel Laknatullah. Tapi sejauh mana kebencian dan kemarahan kita? kita masih sokong produk2 yang menyokong Israel. Ramai je rakyat Malaysia, dan kebanyakannya, orang Islam kita sendiri yg masih makan di rstoran2 fastfud yg menyokong Israel,sprti, McD. Jadi, sejauh mana kesedaran kita? fikirkanlah. Baik makan kat restoran Anjung je. hehe, promote2. kidding.

2 comments:

  1. aku penah dtng,mase keje ngan tauke anjung...
    slalu gak la mkn free.hhehehe.
    aku berani ckp...anjung kajang adelah yg terbaik setakat ini berbanding food court o kedai2 melayu yg lain...sume ade...

    ReplyDelete
  2. hahahaha...teruskan sapot anda, anonymous! ajak la kawan2 datang anjung kajang lagi pasni, jgn lupa ajak aku, boleh dapat diskaun 50%. hahaha

    ReplyDelete