Pages

Wednesday, June 23, 2010

Map Anjung Kajang


Haaa. Ni aku dah sediakan map ke Anjung Kajang, dari KL, dari semenyih/Seremban ada, dari Cheras ada. Pasni jangan alasan cakap tak jumpa kedai, alasan tak tau jalan sume, sume dah diberi detail dalam map. hahaha. Itu hari dalam post Anjung Kajang aku lupa nak taruk map. Skang da taruk dah.

Haaa apa lagi? makan2.

Tuesday, June 22, 2010

lawak digi kampus

selamat pagi dan salam sejahtera, assalamualaikum, vannakam, hello, sawadikap.

Hari ini ada appointment penting, so aku kena bangun awal seawal 7 pagi. Tapi sekarang dah pukul berapa pulak? 10.32 AM. Saat bangunku dan saat ku menulis blog.

Baiklah tanpa membuang masa lagi, aku nak cite satu benda yang best pasal simkad DiGi Kampus.

DiGi Kampus, pernah dengar? aku konfem kebanyakan bebudak universiti sekeliling Malaysia ni pernah dengar, sebab pihak digi akan datang pade certain period of time, bukak booth n promote simkad ni kat situ. Dengan pelan yang acah2 masyuk, dorang jual. Pelan dorang camni la, sms free kt nombo yg kite daftarkan(aku xtau ape nme die, tp mcm activ10 n 8pax la), free kol lepas penggunaan harian rm2.00(sehari saje) dan free surf internet lepas penggunaan harian rm5 dan lagi... entah, aku rase tu je kot?

So kepada pembeli simkad nih, konfem korang selalu dapat mesej lawak tiap2 pagi btol x? Kadang2 lawak dorang memang best tapi kadang2 tah pape gak lawak dorang, aku langsung tak faham.

Contoh lawak yang aku tak faham:
suami: sayang, hari ni ada catuan air ke?
isteri: ya bang.
suami: sampai bila?
isteri: sampai abang bayar bil air.

Iklan sebuah kedai binatang peliharaan, "ANJING UTK DIJUAL. MAKAN APA SAHAJA DAN MENYUKAI KANAK - KANAK." - serius aku tak faham

Kenapa gajah tidak mempunyai sayap?
Kalau gajah mempunyai sayap, setiap kali ia membuang air besar, semua rumah akan hanyut.

Info Orang Dewasa: Orang yang telah berhenti membesar di hujung dan sedang membesar di tengah sekarang.  - oke yang ni siyes aku rase lucah

Orang menganyam sambil duduk,
kalau sudah bawa ke balai,
melihat ayam memakai tanduk,
datang musang meminta damai. (Pantun) -  lagi lah? sape boleh translate maksud die?

tapi ade jugak lawak yang aku rase kelakar dan boleh buat modal la kalo nak beborak, contoh:

Cikgu: Cuba kamu kira sampai sepuluh.
Murid: satu, dua, tiga..........sepuluh.
Cikgu: Bagus, cuba kamu kira nombor seterusnya pula.
Murid: Jack, Queen, King, Ace.

Seorang polis bertanya kepada mat motor, 
Polis: Anda tidak melihat lampu merah?
Mat Motor: Saya lihat, encik.
Polis: Kenapa anda tidak berhenti?
Mat Motor: Sebab saya tidak nampak encik.

Semalam aku terbaring atas katilku sambil termenung dan melihat bintang - bintang bersinar. Tiba2 aku terfikir, "MANA ATAP RUMAH AKU?"

Kerani: Tuan, ini ada faks dari Pak Pandir.
Pengurus: Bagaimana kamu tahu? Tidak ada nama dia pun.
Kerani: Di faks ini ada setem... - yg ni sumpah kelakar

Dan lagi satu yang menariknya, setiap hari die akan hanta mutiara kata, untuk nasihat golongan2 muda yang xde akhlak sangat. Pastu setiap hari dia akan mengumumkan waktu solat, ikut negeri yang simkad ni dijual, macam aku kat pahang, so aku dapat waktu solat kat pahang. hehe.

so, itu je lah. Kepade sesape yang nak beli simkad nih, boleh la pergi ke kedai berdekatan ataupun tunggu bukak sem nanti je. Oke? semoga kita berjumpa lagi.

ps: aku buat iklan camni DiGi x bagi komisyen sikit ke?

huhu

salam selamat kepada pembaca2 yg budiman dan berintelek wawasan, kita berjumpa lagi di hari yang lain dan waktu yang lain.

dah lame aku tak updet blog senanye, agak lame gak eh? huhu. eh? 'HUHU'?
huhu? HUHU? HUHU?

dalam segala perbincangan, segala topik yg dibualkan, samada dalam chat, dlm mesej ataupon wall post kt fesbuk skali pon, dalam penulisan lah sebenarnya, ada orang akan bergurau, ada orang akan try buat lawak cipan, tapi sebab die tau lawak die x jadi, so die akan tambah satu gelak tak iklas yg berbunyi, HUHU. dengan harapan ada orang akan gelak dan terasa,"mamat ni friendly n funny rupenye..mesti macam saiful apek. eh,saiful apek xleh, nanti masuk lokap. em..macam afdlin shauki lah. hihi. i like..gemok tapi bahagie."

okay lah, sebenarnya, rakyat malaysia, n mostly teenagers la, the paris hilton wannabe, n most of them are emoers, jiwangers, n saiful apeks wannabe, slalu ble nak ngorat ke hape, die akan bagi satu statement dan di akhir statement tu akan ade satu perkataan yg tak diketahui apakah motif perkataan itu diletakkan, dan perkataan itu adalah, HUHU.

jadi kawan - kawan, apa sebenarnya maksud the word huhu? mari kita selami dunia google sebentar, shall we? cekidaut. huhu

ting tong...
wah, bermacam2 fakta menarik tentang HUHU. tapi aku sempat bace 3 je.
jadi ape yg kite ade is this website, HUHU STUDIOS LTD - Animation With Character. 
dan beberapa fakta menarik lagi sebenarnya,

a singsong german version of "hello"
huhu mein schatz
(hello my darling)
Comes from the Native New Zealand Maori laughter.
"atta cuz fuk we jez broke into you're house and took ur tv bro huhuhuhu"
"I was splitting logs and one was full of huhu grubs"
The Huhu Beetle
dan inilah maksud yg aku cari, 
huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu lame laugh
huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuh - look at that guys face

jadi basically, HUHU adalah satu perkataan atau ayat yang boleh digandakan seperti gelak haha, hihi, hehe dan hoho tetapi hanyelah didalam penulisan SAHAJA!
Cuba bayangkan kalau kita berborak, borak bese je. Mestilah ade orang gelak2 kan? pastu tetibe ade sorang tu akan gelak huhu. Orang sume mesti terdiam, sbb macam menganjeng.
Oke, memang orang cakap huhu ni gelak, tapi tak penah lak aku dengar orang gelak bunyi huhu. Nangis pernah ah. Hahaha(gelak besar), hihihihi(gelak manje), hehehehehe(gelak nakal), huhuhuhuhuu(??) huhu..xtau nk ckp ape.

Jadi kawan2, gunakanlah bahasa kebangsaan kita, marilah amalkan ramai2. Jangan salah gunakan perkataan huhu di dalam perbualan seharian anda. Ianya sangat buruk dan huduh.

Friday, June 4, 2010

Surat Khabar

kejam kejam kejam. Manusia memang kejam.

Oke, surat khabar? Surat khabar adalah sumber informasi yg sangat banyak. Kita boleh dapat New Straits Time, The Star, Utusan, Berita Harian, Metro, Kosmo!, Harakah, dan macam2 lagi surat khabar pelik yang selalu cerita mengarut.

Biasanya aku tengok orang selalu beli either Harian Metro/Kosmo! tak pun Utusan/Berita Harian.

Aku sangat jarang membace surat khabar, kalau aku bace pon bace free kat 7e rumah aku. Banyak keburukan kalau tak bace surat khabar. Aku tak baca surat khabar bukan sebab aku malas, bukan sebab aku bosan, bukan sebab aku xde rase nak tengok perkembangan terbaru dunia, tapi sebab aku kesian dan aku sangat sedih. Bukan sedih sebab tengok ekonomi Malaysia merudum, bukan sedih sebab Mourinho jadi coach Real Madrid, bukan sedih sebab model kena saman, bukan semuanya bukan. Tapi aku sedih baca kekejaman manusia.

Dan aku sangat tak suka dan sangat pantang bila baca pasal kejamnya manusia.
Bila bkak paper, tengok berita orang buang anak, orang jual anak, orang dera anak, orang rogol budak, orang bunuh budak, janin digigit anjing. Aduh, sakitnya mata, sedihnya hati baca benda2 macam tu. Mereka tidak bersalah.

Tak cukup dengan tu, kita terbaca plak pasal kapal konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza diserang oleh askar israel laknatullah, kita terbaca pasal bedilan peluru berpandu kat kem pelarian Palestin, terbaca pasal umat Islam teraniaya, aduh. Mereka tidak bersalah.

Dan hari ni, satu artikel yang aku bace dan buat aku terfikir dan sangat marah kat orang indon. Kat Harian Metro, 5 Jun 2010, muka surat 17A, satu artikel berkenaan rompakan bersenjata kat sebuah rumah kat Ledang,Johor. Ceritanya, 4 orang penyamun indon pecah masuk satu rumah ikut pintu belakang lepas dipecahkan. Dia kejut sume ahli keluarga, ikat laki,bini n sorang anak. Lagi 2 orang anak dia suruh buat benda yang memalukan. Tak tau apa benda. Lepas da geledah, curik barang, amik kunci kete Wira, tak puas hati lagi. Dia tanya si laki, kot2 ada barang lain dia sorok, si laki ckp takde, dia kna pukul,hentam ramai2. Tak puas lagi dengan tuh, si mamat penyamun celaka nih rogol bini dia, depan dia n anak dia. Sambil gelak2 besar dan buat macam takde pape, dengan tak pakai topeng, selamba dia rogol bini dia depan2 anak.

Ya Allah.  Apa perasaan laki dia time tu memang Allah saje yg tau. Tapi kita sebagai sang lelaki, apa yang kita boleh buat kalau kita berhadapan situasi camtu? Apa yg kita rasa kat laki tadi? Satu perasaan marah, sedih dan berbulu datang kat aku bila baca artikel ni. Aku pasti, laki tadi mesti cari mamat2 penyamun tu, tak bunuh, sepak terajang sampai koma pon da bleh da.

Apa perasaan kita kalau benda sama terjadi kat mak, adik, kakak, awek, kawan baik kita? kita hanya mampu berdoa dan berusaha menjaga keamanan keluarga. Kite lelaki beb, tanggung jawab besar.

__________________________________________________________________________

Wednesday, June 2, 2010

Anjung Kajang

Assalamualaikum dan selamat malam.
Setelah 3hari lagi aku penat dan tak cukup tidur, alhamdulillah pada hari ini aku dah cukupkan tidur aku selama 8jam. 4jam waktu pagi n 4jam waktu malam. Supaya aku boleh menjadi kelawar malam ini dan merayap pusing2 cari ketenangan di bandar Kajang.

Biasa nya satu hari aku akan letak dua entry, satu awal pagi dan satu lewat malam, tapi hari ini, lemau sangat lah. Pagi2 lagi dah hantar adik( ya kali ini aku tidak terlambat,hahaha), pegi check gigi(buat scaling) dan hasilnya? hilang kesan2 karat gigi hasil daripada rokok yang dihisap setahun lepas(skarang aku dah stop. hehe), pegi survey harga tayar Michelin untuk Myvi aku, dan pulang ke rumah, tertido 4jam.


Bangun2 je, tv terpasang cerita Phua Chu Kang, satu sitkom yang aku paling minat gile dulu waktu umur separa remaja kat ntv7, Your Feel Good Channel. Cerita ni mengisahkan tentang Phua Chu Kang(Gurmit Singh) dan keluarga dia dan jugak dia punya company,PCK Pte Ltd "The best in Singapore and JB..and some say Batam." Sape tak suka tengok Phua Chu Kang. Pelakon Malaysia macam Afdlin Shauki n Aaron Aziz penah belakon dalam cite nih jugak.

Oke cukuplah. Entry ni bukan nak cerita pasal cite nih, nak tau pasal cerita nih pegi search kat google pastu baca kat WikiPedia pun boleh.
__________________________________________________________________________________

Kalau ada kawan2 atau sesape yang pernah pegi Kajang, mesti korang akan lalu Highway Kajang Silk. Penduduk Cheras plak, bleh gi Kajang ikut Highway Cheras,tol 90sen ataupun ikut jalan dalam dari Jusco Cheras Selatan n Bandar Tun Hussein Onn(BTHO). Oke nanti aku bukak entry cite pasal bandar Kajang plak.

Pernah dengar nama Restoran Anjung? Restoran Anjung nih ada beberapa cawangan macam kat Seri Kembangan(Opposite KTM Serdang), Serdang(dekat bulatan yang kat loji tuh,dekat dengan Restoran Chop N Steak), Putrajaya(dalam bangunan apa ntah), Kajang(depan Balai Polis Kajang). Aku nak tulis pasal Anjung Kajang.

Anjung Kajang ni adalah satu - satunya restoran masakan melayu dan western yang dibuka 24jam di tengah - tengah bandar Kajang. Kalau tiba - tiba lapar tengah malam dan ada terasa nak pekena Nasi Goreng Kampung, bolehlah pegi sini. Makanan tengahari, murah2 belaka. Sedap pun sedap.

Apa yang ada dekat sini? haaaa, macam2 ada.
Kalau dah nama pun Anjung Kajang, dan letak pun kat bandar Kajang, mestilah ada Sate Kajang. Sate kat anjung ni tukang pembuatnya adalah Wak, dan aku rasa stakat nih sate dia buat lah yang paling sedap penah aku rasa. Dan ya, 24jam gerai sate ni dibukak. Tapi belah siang, tukang buat sate orang lain,bukan Wak. Tapi masih sedap jugak.

Kita ada Nasi Ayam Kampung, RM7.50. Disajikan sekali dengan Kuah Kari Daging,ulam,dan sambal belacan. Pehhhhh, dah meleleh air liur? sabar dulu.
Lepas tu, setiap hari Rabu kita ada promotion, customer yang order nasi goreng kampung/nasi goreng biasa akan dapat FREE air sirap satu. RM4.50. Mahal? sabar dulu. Air sirap nih kita ada free refill. Style McD n Burger King lah.

Western Food stakat ni memang terbaik lah. Tapi jarang aku tengok orang order western. Mungkin sebab orang semua nak makan Malay Cuisine je kot? mungkin. Lidah melayu pure punya. Kate orang Kajang kan.

Roti2 bang, xde ke? Eh sape cakap takde? Ado....
Roti canai kita ada, tosai, capati, roti telur, tisu, boom, pisang, sardin suma ada.

Tukang buat air adalah orang tempatan punya, untuk sebelah siang. Malam, kita amik orang international sorang, merasa air tangan orang international sekali sekala apa salahnya ye tak? Bukan kat restoran Itali restoran arab restoran Omputih je kite boleh rase air tangan orang international, Anjung pun ade. Hah, dekat je. Murah lak tu. Bagi kawan2 aku yang pernah makan kat Anjung, dorang cakap Teh O Ais terbaik. Mestilah, Teh O mane ade tak sedap. Tapi, terbaik? Mungkin aku tak salah dengar.

Cukuplah tu aku promote. Nanti komisyen kaw2 plak dapat kat aku. hehe.

p/s: Dont play - play ah.

update 3 June 2010, 1:02 PM: kita marah bila Israel buat kekejaman, ya betul, memang kita marah. Kita benci, kita cakap, Israel Laknatullah. Tapi sejauh mana kebencian dan kemarahan kita? kita masih sokong produk2 yang menyokong Israel. Ramai je rakyat Malaysia, dan kebanyakannya, orang Islam kita sendiri yg masih makan di rstoran2 fastfud yg menyokong Israel,sprti, McD. Jadi, sejauh mana kesedaran kita? fikirkanlah. Baik makan kat restoran Anjung je. hehe, promote2. kidding.