Pages

Sunday, October 23, 2011

Dairi Abang Tukiman : Kalau Ada Jodoh.

Salam.

Guwa tak minat bercerita kisah2 cinta dalam blog, atau pun bercerita kisah2 kebahagiaan aku kat sape2 pun. Sebab aku tak reti macamana nak ekspresikan kebahagiaan itu dalam bentuk tulisan ataupun gosipan.

Bagi aku, segala ceritera ceritera sedih ataupun kebahagiaan itu tak perlu diekspresikan kepada org lain. Utk apa kite bercerite kat orang lain? Untuk menagih simpati, atau untuk bangga dengan kebahagiaan kita, atau buat org lain jeles dgn kebahagiaan kita?

But sometimes, aku cerita jugak kat orang. Bila otak tengah sumbat, hati tengah serabut, mulut tak mampu bercerita benda lain, tangan tak boleh duduk diam, aku akan bercerita. Dan kemudian, aku akan menyesal sebab ter cerita kat orang lain. Okebai.

Oke. Back to the point.

Ini kisah seorang sahabat aku, long time ago, looooooonnng ago. The year is 2003.
Pertemuan dia dgn seorang perempuan ini di kawasan kejiranan aku, di taman permainan. Kwn aku ni,S, umur 15 mase tu, dan si perempuan ni,A,umur 13. Mula2, berbalas pandangan dan senyuman, berbalas surat(sebab mase tu xde henfon lagi.) Kemudian dari situ, timbullah bibit2 percintaan atau dlm erti kata lain nya, cinta monyet.

Cinte punye cinte, dating punye dating, senyum punye senyum, last2 cinta yg diabadikan bersama hanyalah dusta semata. Si perempuan meninggalkan kwn aku ni sbab dirampas oleh seorang sahabat aku yg lain. Ahh, cinta budak2. Biase la tuh.

Lama kawan aku ni patah hati, sampai belajar jadi ahli kapal. Dan lepas 8 tahun, dia btul2 dapat jadi ahli kapal.

Sejak dari dia patah hati tu, sampai la bulan 8 tahun ni (kalau x silap aku.) dia x penah ada gf yang betul2 nak serius dgn dia. Setiap kali aku jumpa dia, dia akan bercerita kisah2 sedih, kisah2 romantis yang bakal dia lakukan bersama bakal gf nya satu hari nanti.

Nak dijadikan cerita, satu hari, dia terjumpa facebook si A ni, dah lama kitorang satu geng tak jumpa si A ni dgn adik dia yang skrg sudah hot n cun melecun sebab depa dah pindah ke negeri orang. Kwn aku S ni cube untuk pikat hati dia balik. Entah macamana, bercinta la balik mereka berdua, setelah 8 tahun terpisah. Dan kini, cinta yang dahulunya hanyalah cinta monyet, kini sudah menjadi cinta yang sejati(mungkin) dan mungkin akan diteruskan hingga ke jinjang pelamin satu hari nanti, insyaAllah kalau ada jodoh.

.....Habis cerite.

Apa yg nk diceritekan disini adelah, jodoh pertemuan di tangan Allah. Kita hanya perlu usaha untuk mencari jodoh sebenar kita. Macam cerite How I Met Your Mother. Ted Mosby rasa tak sesuai dengan sorang awek, die cari lain. Yang penting ada usaha.

Tak guna jugak kalau kita mesej gf/bf kita hari2, kita kol hari2, kita wallpost dgn bf/gf hari2 kat fesbuk, kite tweet kt bf/gf hari2 kat twitter, kite update cite psl bf/gf hari2 kat blog, tapi satu hari nanti, gf/bf kite jumpe jodoh lain, atau bosan dgn kita, atau dah xnak ade komitmen serius dgn kita. Macamane bohh? Mase tu jgn salahkan takdir, jgn salahkan sapa pun. Berdoa & berserahlah pada Allah, solat istikharah. Kita tak perlu bersedih atas kehilangan seseorang. There's always someone better for us, out there. Ryte?

Cinta bukan sbb kita mesej hari2, bukan sbb kita kol hari2, bukan sbab kite sweet, caring & romantic, bukan sbb dia hensem atau cantik, bukan sebab apa pun. Apa pun, as a muslim, niat kita mestilah disebabkan agama kita dan Tuhan kita. Bile kite dah jumpa jodoh kita, kita akan tau betapa indahnya cinta. Ingatlah, kita orang Islam. Cara & niat kita mestilah berlandaskan ajaran Al-Qur'an & As-Sunnah.

Cintailah seseorang itu bukan kerna cantik tubuh badan & rupa parasnya, cintailah seseorang itu kerna agamanya.

ilal liqa', Ma'assalamah.

Sunday, October 16, 2011

Dairi Abang Tukiman: 5 Kategori Pemandu Kurang Cermat

Salam.

#np Hey You - Pink Floyd

Disebabkan inspirasi dari blog si pelangi, maka aku ingin meneruskan legasi blog Dr.Tukiman sehingga ke anak cucu. I already gave up on blogging actually because i don't know what else to share to the world. But long ago, my father told me, it's good for me to own a blog because i can keep on giving nasihat to people. 

Oke enough bragging.

Post kali ini ibarat comeback aku yg bajet gempak, dan terbaik. Tapi aku tau aku x segempak Abdullah Keyrana.

Topik untuk dikupas kali ini adalah mengenai Pemandu Kenderaan yang kurang cermat. Atau dalam bahase kasarnye, lahanat dan lahabau.

Topik ini dikupas secare tibe2 oleh sorang sahabat aku yang bernama Irsyad Hj. Rahim Crib, ataupun Ahmad Kim, di restoran Al-Andalus semasa kami sedang sedap menyisha di petang hari yang hujan lebat.

Menurut professor Ahmad Irsyad ( Anda Bijak Memandu? Jilid 5, m/s: 34) , Ada 5 kategori pemandu yang suke bawak kereta dalam keadaan yang kurang cermat iaitu:

1. Chinese people. (No offense to any chinese reader. No, i'm not being racist.)
Oke, guwa tak nak cakap banyak. Semue orang tau camne orang cina bawak kereta. Tapi tak semua orang cina macam tu. Ada jugak yang good2 je. :D

2. Hok Puang (Girls, or any lady driver.)
Ape yg depa tau, depa nak selalu menang dalam apa jua keadaan. Kalau terserempak dalam jalan kecik, depa tak nak mengalah atau bagi jalan kt kite. Kalau boleh kite yg lelaki ni kene bg jalan. Ape yg depa tau, tekan pedal minyak pastu jalan je. Bile kete kene langgar, keluar kereta terus marah2 kat orang yang langgar padahal sebenanye depa yang salah. Keluar maki hamun semua. but we, as a true gentleman, bagi chance je la. Dah awak cun.. nak wat camna?

3. Pak Arab.
If u all ever encounter with these type of driver, please pray for your safety and siap2 untuk mengucap kalimah syahadah. But if nothing happen, give thanks to God for giving u a chance to continue your life. Depa kalau bawak kete, mane reti besabar. Kalau boleh, jalan dalam taman pun bawak 150km/j.

4. Anak2 Teruna Yang Baru Dapat Lesen Kereta.
Golongan ini adelah golongan lahanat yang sangat lahanat sebab apa? Sebab ape yang depa tau, depa nak bawak laju je tanpa memikirkan keselamatan orang lain dan jugak diri sendiri. Kalau ade speed trap ke ape pun depa tak kesah sebab kalau kene saman, bapak diorang yang bayar. Bagi diorang, bawak laju ni menunjukkan yg depa ni dah cukup hebat. Baru main Need For Speed sikit je da bajet power. Kalau nampak kereta lain laju sikit, xboleh kalau x kejar, main rapat2 kete kt bontot. Tapi lama2, diorang akan insaf jugak. Apa ingat dulu bapak korang tak bawak laju ke mase muda? haha


5. Abang2 Kereta Modified.
Kalau kt highway, tgh sedap isap rokok sambil drive kat lane kanan, tetibe kalau terdengar bunyi enjin kuat ke, ekzos mcm meletup ke, bersiap sedie la nak ke tepi sebab abang2 taiko besar jalan raya dah sampai. Kalau hang x bagi jalan, kalau x kene hon, siap la depa duk tunjuk jari tengah kat hang nanti. Depa ni golongan yang senantiasa up-to-date dengan produk2 terbaru pasal kereta & sentiasa berlumba dgn brader2 modified yg lain semata2 utk mendapat gelaran pelesit jalanan yang hebat & kental.  Ingat, diorang ni taiko jalan raya. Kite kene hormat. :)

Tersebut lah sudah 5 kategori pemandu kurang cermat di jalan raya. Anda dinasihatkan untuk berhati2 dgn pemandu2 yang dikategorikan di atas. Tapi tak semua yang disebut adalah betul. Semua kategori ini dilabelkan berdasarkan pemerhatian kami sendiri. Segala nukilan & coretan hanyalah untuk suka2 saja.

Sekian.