Pages

Sunday, November 6, 2011

Dairi Abang Tukiman: Kajang

(Post ini adalah draft pada Hari Sabtu sebelum Hari Raya Haji)

Assalamualaikum & Selamat Pagi kepada warga stalkers & blogger sekelian alam.

Hamdulillah Allah masih memberikan aku nyawa untuk aku bernafas pada hari sebelum Raya Haji yang penuh barakah ini. Currently aku kat Kajang, baru sampai rumah pada pukul 4 pagi tadi untuk cuti Raya Haji & cuti mid term. Tak lupa juga di sini aku ingin mengucapkan selamat bercuti kepada warga2 kerja & juga student2.  Selamat pulang ke kampung, selamat bertakbir & selamat berhari raya, maaf zahir & batin.

Okay done.
"Mnyampah btol ngn drivers kat pekan kajang.. Kalau kau dah pandai sgt block kereta org, kau pandai2laa guna telinga kau utk dgr org honk.. Eeeeeeiiii sakitnye hati!!! Patutnya tadi aku scratch je kereta kau sbb suka menyusahkan org!" - Quoted from a Facebook user
Ini hari aku ingin memulakan muqaddimah blog aku dgn quote dari seorang sahabat fesbuk aku yg sangat anti dgn keadaan di Kajang.

Kajang Town - Beautiful Town
Kajang adalah satu nama yang sinonim dengan keenakan Sate Kajang yang terkenal seantero dunia. Kita x penah dgr nama Sate Terengganu, Sate Klang ataupun Sate Shah Alam. Sate Kajang adalah satu2 nya yang berada di kemuncak dunia sate. Kebiasaannya penjual sate selain di Kajang akan menggunakan nama Sate Kajang sebagai pelaris jualan. Contohnya, Sate Kajang Pak Jabir di Kampung Pisang, Sate Kajang Haji Ali di Kampung Pinang Sebatang & lain2 lagi. Tapi ada satu sate yang mmg aku xtau pun dari mana asal usulnya iaitu Sate Ikan. Oke cukup.

Ade satu kisah dari membe aku bilamana abang sedara dia terjumpa dengan gerai Cendol Bakar di Kuala Selangor. Sangat menarik kan nama dia? "Macamana la nak buat cendol bakar ni ye?" tanye abang sedara dia kat makcik penjual cendol bakar nih sambil menikmati kelazatan cendol bakar. Makcik tu tersenyum sipu malu2 kucing sambil berkata, "Bakar tu nama suami makcik.. " :)

Oke, sekadar kisah sampingan.

Baiklah, bukan topik sate yang ingin dikupas pada hari ini.

Satu lagi nama yang sinonim dengan Kajang adalah keadaan trafik di Kajang yang mantap.

Dalam zaman serba moden ini, keadaan trafik di mana2 pun semakin baik x kisah la kat kampung atau kat bandar. Di mana2 pun skarang ni mesti akan ada polis trafik yg akan menjaga keselamatan lalu lintas disamping mengurangkan bunyi hon kereta akibat kelahanatan sesetengah pengguna jalan raya. Terima kasih abang2 polis.

Tetapi berlainan dengan keadaan di Kajang.

Tak kisah la ada polis atau tak ade polis, keadaan trafik di Kajang akan tetap ganas & sentiasa menyakitkan hati mana2 pengguna jalan raya yang jarang drive di Kajang. Baik pemandu lori, pemandu bas, pemandu kereta, mat2 motor ataupun yg bawak basikal skali pun.

Parking berlapis adalah satu2 nya perangai famous rakyat2 jelata yang parking di Kajang. Perangai ini lah yg senantiasa membuatkan beberapa status update berbaur kemarahan di fesbuk, twitter, mahupun blog. Kepada pembaca2 yang berhasrat melawat aku di Kajang, sila simpan niat untuk sentiasa bersabar & kurangkan mencarut ketika berada di Kajang kelak. 

Sebagai penduduk Kajang yg sejati, aku tetap maki hamun sesetengah pemandu yang kurang ajar nih, aku pernah menjerit "B*BI lu, P*KIM*K, x reti bawak kete ke?!!" di tengah2 bandar Kajang, tapi lama2, keadaan ini sudah lali & i just let it go je. Sekarang ni orang lain pulak yg menjerit kat aku, orang lain pulak yg hon kat aku. Dan aku rasa orang2 ni bukan orang Kajang yang sejati. Lu kalau nak drive baik2, kalau nak jumpa driver yang sopan santun, lemah lembut budi bahasa, baik lu pegi drive kat kampung la.
"A true Kajangians will never let their emotion control them when in a driving situation. True story." - Tukiman Iskandar

Post ini adalah fakta sebenar & berunsurkan gurauan & sedikit kasar. Minta maaf jika saya ada tersinggung mana2 pihak. Selamat Hari Raya Eiduladha, Maaf Zahir & Batin.

1 comment:

  1. ko tak tgk turki lagi mat...driver cam sial...maen kona sukati je..kajang tuh apela sgt....kalo jam ade yg naek divider tak???takde kan..haha...sini jam 3 lane jadi 5 lane bai......sardin gile jalan!haha....just a perkongsian dari turki...

    ReplyDelete