Pages

Monday, May 31, 2010

AP ( sebutan: Eh Pi)

salam selamat dan selamat malam. Kepada warga2 Malaysia yang berada di negara Matahari terbit, aku ucapkan selamat bangun pagi.

kepada Arfakh Syiadz(fb profile: Syaz Afak) ade bende aku nak ucapkan. Tahniah! dan, acik,acik syal.. hahahahaha. oke, cukup kat afak.

sebelum itu, aku nak mulakan post nih dengan serangkap ungkapan dari sebuah lagu baru yang hot di fly.fm buat masa ini.
~I wanna be a billionaire so fricking bad~
~Buy all of the things I never had~
Travie Mccoy feat. Bruno Mars - Billionaire
sumber lirik dari www.directlyrics.com

Billionaire, ataupun dalam bahasa melayu, jutawan, ataupun dalam bahasa yang semua orang nak faham, kaya raya. Memang seronok bila jadi jutawan, semua bende yang kita nak kita boleh dapat. Nak angkat dSLR harge rm20000, boleh dapat. Henpon Vertu yang takde pape kegunaan tapi harge mahal nak mampos, boleh dapat. Ferrari,Lambo,Porsche,Maserati? Celah ulser gusi je bhai.

Jutawan nih terbahagi kepada dua bahagian, jutawan semulajadi dan jutawan sendiri.
Jutawan semulajadi adelah anak - anak golongan bangsawan, yelah, dah waris harta bapak je dah boleh jadi billionaire. Dan juga anak - anak tokey bisnes atau syarikat besar, seperti Maxis, Celcom, tokey gula, Tissue Premiere, Kotex, Petronas dan sebagainya. Bila dah besar, terus sambung legacy ayahanda ataupun bonda tercinta dengan menyambung bisnes ataupun duduk melepak sampai labuh punggung duk menghabiskan beras dan duit, disamping berjoli dengan rakan - rakan muda. Tapi aku tau, tak semua anak golongan bangsawan macam tu. Paling tak pon, keje dengan syarikat ayah. Itulah paling malas pun. Malas - malas pun, gaji tinggi bhaii.

Jutawan sendiri pulak biasanya mereka - mereka yang berani menanggung risiko untuk mencuba buat bisnes sendiri, seperti jual nasi lemak, bukak restoran, buat Law firm, Accounting firm, jual insurans, internet business dan sebagainya. Mereka adalah golongan - golongan yang berani mencuba nasib. Starting from zero to hero, dan dianggap sebagai pahlawan yang gagah berani dalam memantapkan ekonomi sesebuah negara.(Ceh, ayat macam power lak. hehe)

dan satu lagi, jutawan yang tak disebut adalah, jutawan MLM. MLM singkatan kepada Multi Level Marketing adalah trend terbaru yang berada di dunia pada zaman moden ini. Cerita pasal MLM nih memang panjang. Nanti aku buat satu post pasal MLM.

Jadi bila sebut pasal MLM nih, teringat ada satu kali sorang membe aku yang namanya disebut di awal post ini,Arfakh Syiadz ataupun Afak,ajak aku untuk join satu bisnes yang digelar AP.

Mula2 nya aku ingat lagi, dia hantar satu mesej(mase tuh aku xde nombo baru dia),"Mari ramai2 dengar talk skim AP di Hotel Hilton Kuala Lumpur. Join skim AP,modal hanya RM10. Bulan pertama boleh dapat 50sen, bulan seterusnya anda boleh dapat sport car." Pastu dapat lagi satu mesej,"Skim AP, trend terbaru MLM masa kini. Lagi hebat dari ****. Skim AP,BEST!"

n then aku macam, sape taik nih, dahla hanta msg kat salah orang,pastu nak buruk2kan bisnes aku wat lak. Tapi takpe, kite rilek dan cool dulu. Pelan2 kayuh. Nanti dapat la tau sape yang dok menghantar mesej tuh.
Nak dijadikan cerita, satu hari aku tengah on the way nak gerak jumpa membe,n aku bertembung dengan si Afak nih. Dia terus jerit, "AP FOR LIFE!" dengan nada yang semangat cam Tunku Abdul Rahman melaungkan merdeka pada 31 Ogos 1957.
Aku sangat marah sebab tau dia la yang rupanya tak habis2 hantar mesej kat aku cite pasal AP. Dan stat dari hari tuh, die annoyed aku dengan segale wall post dan mesej yang tak habis2 bising pasal AP. AP FOR LIFE! Bangsat, Lahanat. Aku maki hamun dia bila dia hanta wall post camtuh.

Dan pada satu ketika, aku tak tahan sebab dia tak habis2 nak aku join AP, aku dah tensyen, aku sendiri nak g jumpa dia. Mula2 time tu dkat chat facebook.

jaq: AP nih hape? bak sini marketing plan. Aku nak usha. Ko katne?
afak: hehe.. aku kat ofis.
jaq: ofis katne? KL? PJ? aku datang skarang.
afak: aish. jauh sangat tuh. Ofis sama ada kat al-Maju ataupun kat rumah aku. Aku skarang kat rumah.

al-Maju adelah kedai mamak belakang rumah aku. Tomyam dan nasik goreng ayam die sangat sedap. Rugi sape tak makan.
oke, berbalik pada perbualan kitorang. Bile die sebut kat rumah, aku da jadi sangat berbulu sbenanye. Tetibe aku rase cam ade bende tak kene. Tapi takpe, memandangkan rumah die n rumah aku sangat dekat, aku pegi je la rumah dia.

jaq: hah, bak sini kau punye marketing plan,aku nak usha.
afak: mane ade marketing plan. AP nih satu bisnes yang simple, tak payah nak kompleks2 sangat siap ada marketing plan.
jaq: oke,fine. ko terangkan kat aku skarang apende AP nih. Aku nak tau sangat. Kalo masyuk, aku boleh join.
afak: shehhhhh,fuhhhhhh(sambil isap,hembus rokok). Tak payah. Ko join, bayar RM10 kat aku, pastu, aku pegi melabur kat Bursa Saham.
jaq: (faktap) Kepale ko, dah tu apesal sebulan dapat 50sen? Pastu bulan depan dah boleh kua duit sampai bejuta2?
afak: sebab aku bukan cari ko sorang, ramai lagi yang melabur kat Bursa Saham. Bulan pertame, dividen 50sen. Bulan kedua, ko isi satu borang, tulis bape amaun ko nak amik, amik sign aku je, setel! hahha..
jaq: (shit) abis tu apesal plak bulan kedua da boleh dapat sport car?
afak: shehhhhhh..fuhhhhhhhh.. macamni. Bulan kedua, ko bagitau aku kete sport idaman ko. Aku print gamba kete tuh dari internet, amik tunjuk kat ko, tampal kat muke ko.
jaq: ..................................(ko memang anjing.)
jaq: ape sbenanye maksud AP nih?
afak: (dengan bangga) Afak's Pyramid.
jaq: ..................
aku lepak jap, tunggu die abis sap rokok, pastu aku blah tanpa berkate apape.

                        afak, sampai skarang, ko memang LAHANAT! hahahahaahahahaha

No comments:

Post a Comment