Pages

Sunday, March 25, 2012

Diari Abg Tukiman : 3 Hari

Salam to all readers.

Dalam cuti sem lepas yg dah berakhir pada awal bulan 3 haritu, aku ade sembang pasal fokus aku pada pencarian sedikit wang poket. Pencarian rezeki aku adalah berfokuskan pada penjualan smartphone yg menjadi trend remaja masakini iaitu Blackberry ataupun kalau mengikut slang org cina, PlekPery(sila fokuskan pada suara Johan Raja Lawak dlm slang cina pun adui.)

Dalam tempoh 1 bulan tu, banyak benda aku dpt belajar. Contohnya mcm software bb, cara check phone recon, Cara check phone ap or brightstar, cara tgk hardware bagus ke tak bagus, dan macam2 lagi la.. dat is why aku berani jual blackberry kat orang. Di samping menjual bb, aku jugak dapat share sdikit tips2 berguna untuk buyer aku. Sebab kebanyakan buyer aku adelah student, depa tak tau pape, dari dok kena tipu kt kedai, baik beli kt aku. Sambil jual + consult, okay ape? Harga pun berpatutannn :)

Baiklah, bukan kisah bisnes yg ingin aku tekankan di sini.

Kisahnya bermula hari Jumaat itu hari (23/3/2012)

Aku hantar salah sorang customer aku pnye bb kat kedai area kajang sbb trackpad problem. Masa tgh dok lepak2 kat situ aku usha sbijik Bb Bold 9900 warna putih. Aku pun dok check2 la phone tu, Celcom punya set, ada warranty brightstar lagi 13 bulean, smua cun lagi. Baik sgt baik yess! Guwa da rase cm nk beli sbb nak try pakai phone tu. Biase la ble da jual bb ni sume jenis kita kne try, so kalau ada org tanye bende bagus ke tak bagus, aku boleh refer based on my experience.

So guwa usha la internal pulak camne tgk bole pegi ke takleh pegi, try Alt + LGLG pastu guwa tgk ade system error. Pehh, palotak dia. Snanye xde ape pun, saje kasi cuak tokey tu tgk dia nk turun kan harga ke tak nak. Citer die mmg tak la tokey tu nak turunkan harga bb tuh.
Aku ckp kat dia, "U tak kan tak tau check benda ni? U jual bb patut u tau."
dia balas, "Sy mana tau woo..sy tau jual saja."
"LOL" guwa cakap, malas nak sembang lebih.

Lepas hanta fon, dia bg resit, dia cakap sok hari Sabtu dia kol aku. Guwa terus chau sbb ada janji dgn org nak trade in Torch 2 aku dgn Bold 4 dia. Brader ni gempak bab2 software nih, so guwa saje tgk camne pegi bb dia.

Kesah hari Sabtu aku akan sembang laen hari sebab kesah die panjang. Tapi ni penting gak. U'olls kne tau.

Sambung kisah di kedai yg sama kat Kajang, hari semalam plak guwa pegi ( Hari Ahad 25/3/2012 )

Guwa pelik da knape brader ni tak kol guwa semalam, guwa kol xnak plak dia angkat. So guwa pegi kedai dia, nak usha bb aku apa citer.

Sampai2 je guwa tanye, "Bos, bb sy apa macam? Sudah siap?"
bos jawab dgn muke kerek, " Belum. Sparepart takde. "
"Aik? bukan ckp smalam ke setel?" balas guwa, sdikit marah.
"Sparepart takde la bos, esok baru boleh siap.." Jawab bos dgn muke kerek lagi.
"Takpela, bg balik bb sy. Sy sok takda kat kajang, sudah balik Melaka. Sy urgent nak pakai phone.." guwa balas dgn sdikit pnipuan acah2 bisnes.
"Oh, u punya fon takde kat sini. Ade kat kawan sy.." Jwb lg dgn muke kerek
"Kawan mana? mana dia duduk? sy pegi amik skarang." guwa marah sbb die bg kt kawan die. Kalau die boleh repair tak kan la smpai nak hanta kt kawan.
"Kawan kat sana la..sana.." Jwb bos dgn muke tak nak pandang aku, sbb cuak customer lari, tau dia pnipu bangsat.
"Sane mane?" guwa marah lagi..mase ni da panas da..bukan guwa panas, tp kajang yg panas..
"Sana laa..sana sana." bos jawab sambil tunjuk jari ke arah langit. Mana? Langit ke tujuh? Jubok hang.
"takpe la. Barang bila siap? sy sruh kawan sy dtg amik nanti." jawab guwa, dgn nada malas nak gado.
Sambil tu guwa tanye, "Knape hanta brg kt kawan u? knape bukan u je yg tgk fon sy?" tanye guwa sdangkan guwa da tau jawapan.
" Dia mau bukak u punya fon, tgk ape problem, mau bukak smua sparepart.." pastu dia stop, mcm da kantoi. MMG PUN! kimak!!
Biase depa bukak fon ni pastu amik sparepart yg elok, tuka dgn sparepart bangang. Guwa pnah kne mase guwa pkai bold 3 dulu.
"Oke takpe." Jwb guwa slamba. "Sok kalau da siap ke tak siap ke, bg kt sy. Tak mau byk cerita." guwa blah dgn gaye acah2 cool & marah.

Mula2, masa aku datang kdai tanye problem, dia ckp problem trackpad je. Tiba2, harini dia cakap nak check ape problem lain. Nampok benor menipunye..

So guys, kalau nak repair fon, guwa sarankan, jumpa yg u'olls btol2 percaye. Kalau ssh sgt nk jmpe pon, check youtube je. Dlm tu smua ada. Beli sparepart stakat murah2 je, psg sendiri. Risiko tanggung sndiri la. Try and error je la kan? Mule2 mmg susah, lama2 nanti smua benda jadi senang. Molek dok? hehe.

Itu je la serba sdikit pengalaman aku. Nanti akan disembang lg di post yg lain.

Selamat malam :)

Wednesday, February 15, 2012

Diari Abang Tukiman: Six Senses Laamu Resort & Spa

Assalamualaikum wbt.

Cuti sem da lame stat, tapi aku baru ingat nak update blog aku lepas beberape minggu. So, for all the readers n fans out there, I'm terribly sorry bcoz i don't give u any update. I know u all are waiting for me to update my blog. hehe.

So, this semester break, I'm currently working on two things with one BIG objective : to get experience.
Bcoz of those two things, my head is spinning so wildly la everyday. Not bcoz of problem, but it's bcoz a load of work that I've to settle within this semester break before next semester starts.

At day, I've to sit in front of this computer and do all the account for my dad's small firm & at night, I've to promote to people what I've been selling and layan all the customer's behavior.

So, because of this tense I've had, sometimes I need to relax my mind. So, one day, I've been thinking about ocean, about Port Dickson, so I search at Google for the word ocean. Then, a set of boring but peaceful images went off the screen and I just scroll the mouse and being boring & more boring.

Then, I went to a site that always show many information that people don't always care. Then, I came across this article about a resort in Maldives......

Six Senses Laamu Resort & Spa (Maldives)

So beautiful.. So peaceful.. And I'm thinking to go there to have my honeymoon with my future wife.. hahaha

I dunno how to paint a word picture to u guys, maybe a little pieces of images from Google will help u. So, enjoy !






They have many types of Villas. There's a Lagoon Beach Villa, Ocean Beach Villa, Lagoon Water Villa and Ocean Water Villa. This is so nice. I can't wait to get married la. hahahaha kidding.

Okay, toodles !

ps: actually I want to blog about another thing..but, never mind..

Friday, January 27, 2012

Diari Abang Tukiman : mari membace

Salam, bros & sis

Selalunya bile kite bosan, macam2 benda boleh kite buat. Usha movie ke, xkesah la satu kaler ke bape banyak kaler ke. Kluar melepak, window shopping, bace update fesbuk & twitter (which is very the bosan la u know?), have an online debate with some stupid dude & dudettes kat page2 fesbuk, blog, dan apape je lah media2 social zaman skarang, usha youtube, etcetera2..

Bila kite dok sibuk bace update kt fesbuk, kite akan terlintas kat satu status yg besepah org komen & like, dan status itu mesti berunsur sinis, pengetahuan am, ataupun apape pengetahuan yg saje ingin dikongsi. Kite pun bace, duk sibuk masuk campur saje2..sbb bosan? Dalam status tu besepah la org duk bgaduh, duk memuji ke, duk diam ke, ahh macam2 la !

Ade beberape jenis status update kat fesbuk :

1. Acah2 jiwang & geli.
Biase yg duk komen kat status ni mesti "so sweet!" atau "what the hell?"

2. Ayat motivasi
Kat sini akan kelihatan ayat2 seperti "true." atau "ko apsal do?" ataupun beberape ayat lain yg acah2 di'motivasi'kan.

3. Cacian & hinaan terhadap pembangkang & kerajaan, pemain bola, kelab bola, dsb.
Yang ni guwa paling menyampah nak masuk campur & paling bosan. Benda kecik pon nak begaduh. Bosan.

So, ape guna kita bazirkan masa kita dgn usha update2 mengarut yg tak berkaliber? Kalau betul2 ayat yang berkaliber takpe jugak. Ayat yg boleh di 'tabik spring' kan tu takpe jugak.

So, dari kite membazir mase membace benda2 mengarut yang takde faedah & pengisian langsung, baik kita bace buku. Buku? Ya buku! Guwa bukan ckp pasal komik atau novel cintan cintun yg akan membuatkan emosi korang terganggu. Tapi buku yang berinformasi, berfakta, dan memberi manfaat kepada otak kita.

So people, try bace n khatamkan satu buku, untuk sebulan. Jadilah rakyat Malaysia yang sentiasa berkembang minda.

Allahuakbar.

Thursday, November 10, 2011

Dairi Abang Tukiman: Abang Tukiman Dah Grad.

Assalamualaikum dan selamat pagi rakan2, sahabat, fren, sodiqi.

Lama aku x update ceritera2 poyo pasal aku. Currently i'm at UiTM Bandaraya Melaka, pursuing my degree in Accountancy. Oke dah.

The coolest ayah - Ahmad Zainuddin bin Abdullah

With Beloved Ummi - Salina bt Shaari
My dad once told me: "Hidup hanya sekali, hiduplah yang bererti." - Dr. Hj. Ahmad Zainuddin bin Abdullah

Hamdulillah pade Hari Sabtu 2 minggu lepas, 29th October 2011 aku dah menghadirkan diri ke Sidang 12 Konvokesyen UiTM ke 75 di UiTM Shah Alam untuk menerima sijil diploma aku.

Lepas beratur panjang sebab nak amik jubah pada hari rabu, lepas tunggu lame beratur kat luar dewan menunggu jeritan menyebut "Ahmad Zaki Ahmad Zainuddin, Kelasssss Gitteww!" disebut, lepas rambut guwa dipotong oleh brader tough di luar dewan, lepas kena bebel dengan makcik baju merah sebab aku gi kencing seraya nama aku hendak disebut, kemudian bila nama aku disebut, dengan perasaan penuh bangga, perasaan penuh terharu, penuh sebak di dada, penuh dengan haru biru & kacau bilau, aku berjalan ke arah Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar untuk menerima Buku Biru tersebut.

Masa nak terima buku biru tersebut, beliau menyebut nama aku, kemudian mata aku berkaca, walaupun aku berkaca mata beliau tetap nampak titisan airmata ku dan beliau tolong mengelap titisan air mata ku sambil menepuk bahu aku & berkata, "Tahniah, son." Guwa terharu, guwa menangis, sambil guwa dakap tubuh manis beliau. "Alhamdulillah! Thanks Prof!" aku menjerit. Selepas itu, guwa berjalan sambil memandang ke arah kamera video yg sedang merakamkan perjalananku & drama sebak penuh haru pada pagi itu, sambil menunjukkan isyarat tangan 'Good job, nice one bro!' utk diri aku sendiri & juga untuk audience2 yang tgh usha drama pada pagi itu.

Keluar dari dewan itu, ramai kawan2 semangat ajak aku bergambar, aku pon sempat snap sikit je gamba dengan sahabat2 lama dan baru, sebab aku tengah nak cari parents aku, aku nak tunjuk kat diorang yang aku dah berjaya.

10minit lepas keluar baru aku jumpa parents aku, aku cium tangan parents aku, depa bagi bunga kat aku. Kat bunga tu ada tulis, "Tahniah, Anak Umi(& Ayah) yg pertama grad!" - Ye baem, aku yang pertama grad walaupun aku anak kedua. hahahaha! (Gelak jahat.) -Abaikan, ini aku tujukan untuk abang aku, ibrahim.


Mase tu aku tengah sedih keharuan sebenarnye, aku nak menangis kegembiraan, aku nak peluk parents aku, tapi aku tengah panas mase tu sbb cuaca terik giler babs. So aku x jadi nangis, maintain cool & steady. Snap gamba 5-6 keping pastu aku blah menuju ke arah transformasi dunia fantasi.

Oke, cerita di mana Prof Sahol Hamid menepuk bahu aku & di mana aku mendakap tubuh beliau itu adalah cerita tipu.

Tapi ini adalah salah satu cerita yang akan aku sentiasa ingat dalam hati, dalam kepala & dalam minda aku. Akan aku bercerita kisah2 haru ini kat anak2 aku kelak. Cerita bagaimana susahnya, bagaimana rilek, bagaimana indah saat2 aku belajar & aku mahu mereka belajar daripada kesusahan Daddy depa.

Ini adalah salah satu kisah hidup aku yang bererti, sebab itu aku akan kenang cerita ini sampai bila2. Apa erti aku menghabiskan 3 tahun di UiTM Kampus Jengka, Pahang? Semata2 untuk mencari cinta, mengumpul kawan baru, dan mensia2kan waktu muda aku? Ah tidak.

Kepada adik2 junior yg baca post ini, belajar rajin2, jangan malas, jangan dok fikir hal cinta banyak sangat. Awak tu muda lagi, belajar tu main priority. Ingat, dalam kelas kena fokus, jangan dok pk benda2 lain. Hormat lecturer, dengar cakap lecturer. Ingat harapan mak ayah kite, ingat tujuan kite masuk blajar, ingat kenapa Allah bg rezeki kat kita untuk sambung belajar. Kalau nak main2 je belaja nih, baik suruh kawan kau yg tak dpt sambung belajar tu tolong belajar untuk kau. Depa tu lagi kesian xdapat sambung blaja. Bangga sikit dengan diri sendiri. Semangat belajar kena lebih. Oke? 


Ada jodoh, umur panjang, kita jumpa lagi nanti. InsyaAllah, jika Allah mengizinkan.

Take care. ilal liqa', Ma'assalamah.

Sunday, November 6, 2011

Dairi Abang Tukiman: Kajang

(Post ini adalah draft pada Hari Sabtu sebelum Hari Raya Haji)

Assalamualaikum & Selamat Pagi kepada warga stalkers & blogger sekelian alam.

Hamdulillah Allah masih memberikan aku nyawa untuk aku bernafas pada hari sebelum Raya Haji yang penuh barakah ini. Currently aku kat Kajang, baru sampai rumah pada pukul 4 pagi tadi untuk cuti Raya Haji & cuti mid term. Tak lupa juga di sini aku ingin mengucapkan selamat bercuti kepada warga2 kerja & juga student2.  Selamat pulang ke kampung, selamat bertakbir & selamat berhari raya, maaf zahir & batin.

Okay done.
"Mnyampah btol ngn drivers kat pekan kajang.. Kalau kau dah pandai sgt block kereta org, kau pandai2laa guna telinga kau utk dgr org honk.. Eeeeeeiiii sakitnye hati!!! Patutnya tadi aku scratch je kereta kau sbb suka menyusahkan org!" - Quoted from a Facebook user
Ini hari aku ingin memulakan muqaddimah blog aku dgn quote dari seorang sahabat fesbuk aku yg sangat anti dgn keadaan di Kajang.

Kajang Town - Beautiful Town
Kajang adalah satu nama yang sinonim dengan keenakan Sate Kajang yang terkenal seantero dunia. Kita x penah dgr nama Sate Terengganu, Sate Klang ataupun Sate Shah Alam. Sate Kajang adalah satu2 nya yang berada di kemuncak dunia sate. Kebiasaannya penjual sate selain di Kajang akan menggunakan nama Sate Kajang sebagai pelaris jualan. Contohnya, Sate Kajang Pak Jabir di Kampung Pisang, Sate Kajang Haji Ali di Kampung Pinang Sebatang & lain2 lagi. Tapi ada satu sate yang mmg aku xtau pun dari mana asal usulnya iaitu Sate Ikan. Oke cukup.

Ade satu kisah dari membe aku bilamana abang sedara dia terjumpa dengan gerai Cendol Bakar di Kuala Selangor. Sangat menarik kan nama dia? "Macamana la nak buat cendol bakar ni ye?" tanye abang sedara dia kat makcik penjual cendol bakar nih sambil menikmati kelazatan cendol bakar. Makcik tu tersenyum sipu malu2 kucing sambil berkata, "Bakar tu nama suami makcik.. " :)

Oke, sekadar kisah sampingan.

Baiklah, bukan topik sate yang ingin dikupas pada hari ini.

Satu lagi nama yang sinonim dengan Kajang adalah keadaan trafik di Kajang yang mantap.

Dalam zaman serba moden ini, keadaan trafik di mana2 pun semakin baik x kisah la kat kampung atau kat bandar. Di mana2 pun skarang ni mesti akan ada polis trafik yg akan menjaga keselamatan lalu lintas disamping mengurangkan bunyi hon kereta akibat kelahanatan sesetengah pengguna jalan raya. Terima kasih abang2 polis.

Tetapi berlainan dengan keadaan di Kajang.

Tak kisah la ada polis atau tak ade polis, keadaan trafik di Kajang akan tetap ganas & sentiasa menyakitkan hati mana2 pengguna jalan raya yang jarang drive di Kajang. Baik pemandu lori, pemandu bas, pemandu kereta, mat2 motor ataupun yg bawak basikal skali pun.

Parking berlapis adalah satu2 nya perangai famous rakyat2 jelata yang parking di Kajang. Perangai ini lah yg senantiasa membuatkan beberapa status update berbaur kemarahan di fesbuk, twitter, mahupun blog. Kepada pembaca2 yang berhasrat melawat aku di Kajang, sila simpan niat untuk sentiasa bersabar & kurangkan mencarut ketika berada di Kajang kelak. 

Sebagai penduduk Kajang yg sejati, aku tetap maki hamun sesetengah pemandu yang kurang ajar nih, aku pernah menjerit "B*BI lu, P*KIM*K, x reti bawak kete ke?!!" di tengah2 bandar Kajang, tapi lama2, keadaan ini sudah lali & i just let it go je. Sekarang ni orang lain pulak yg menjerit kat aku, orang lain pulak yg hon kat aku. Dan aku rasa orang2 ni bukan orang Kajang yang sejati. Lu kalau nak drive baik2, kalau nak jumpa driver yang sopan santun, lemah lembut budi bahasa, baik lu pegi drive kat kampung la.
"A true Kajangians will never let their emotion control them when in a driving situation. True story." - Tukiman Iskandar

Post ini adalah fakta sebenar & berunsurkan gurauan & sedikit kasar. Minta maaf jika saya ada tersinggung mana2 pihak. Selamat Hari Raya Eiduladha, Maaf Zahir & Batin.