Pages

Sunday, September 5, 2010

Maaf Zahir Batin

Salam. Sawadikappan.

Dah lama sangat laman blog dr.tukiman nih ditinggalkan. Habuk penuh tak terkata. Sawang jangan citer la bro. Spiderman pon siap wat bandar lagi kat blog aku nih. Ape lagi ade? Saki baki makanan, komentar2 yang tak wujud, silent2 reader yang dah hilang beralih ke blog lain, dan mungkin juga, peminat2 yang masih menantikan kemunculan dr.tukiman iskandar baharom kembali memblogging.

Untuk semua peminat dan para *silent reader(refer note 1 di bawah artikel ini), saya ucapkan terima kasih kepada sokongan anda semua terhadap saya.
Dan kepada para pendatang baru, bukan PATI ya kawan2, saya ucapkan selamat hadir ke blog dr.tukiman yang penuh dengan repekan dari isi hati dr.tukiman sendiri. Jangan risau, segala carutan mak hayam xkan dilepaskan di blog yang megah ini. insyaAllah.

Apa yang membuatkan dr.tukiman begitu busy sampai sudah sebulan agaknya tidak menyentuh blog ni?
Jawapan untuk persoalan ini sangat simple dan mudah dalam kalangan student universiti yang masih menuntut.Macam biasa, study, assignment banyak.
Jawapan luar biasa, laptop aku kene rembat hari tuh, 1st Day of Ramadhan. Ya, Ramadhan Kareem!

Di hari umat Islam sedang bergembira menyambut kedatangan hari pertama ramadhan, hari pertama kanak2 yang tak pernah puasa belajar berpuasa, hari pertama adik2 darjah 5 planning nak buat qiamullail di surau, hari pertama para penggemar ponteng puasa planning untuk ponteng puasa, hari pertama akhbar2 harian setempat mencari informasi berkenaan juadah2 berbuka puasa di hotel2 terkemuka untuk diletakkan di dada akhbar semata2 untuk buat orang terliur. hari pertama Jalan2 Cari Makan pusing2 sekitar Malaya untuk mencari restoran terkemuka untuk dimasyhurkan(bukan Mustafa Masyhur,jiran aku) di dalam televisyen, hari pertama para ibu ataupun bibik2 bersedia dengan segala jenis resepi untuk berbuka puasa bersama family tersayang, dan juga hari pertama para pembuat kuih raya memulakan tugasnya menyiapkan tempahan kuih raya dari pelanggan2 setia yang sentiasa memberikan sokongan. Inilah masa dan ketikanya, laptop ku dirembat orang.

Nak cerita dari awal memang panjang lebar la gamoknye. Memang tak berkat la rezeki & duit yang haram die curi tuh. Aku sentiasa doakan pencuri tuh dengan segala barang yang dibeli hasil jualan laptop aku tuh, terbakar. Ataupun dilanggar kereta.

Jadi apa2 pun, di sini dr.tukiman ingin merakamkan setinggi2 terima kasih bagi yang masih menyokong blog dr.tukiman. Dan juga kepada pendatang baru, stay in tune, keep in touch, touch n go dengan blog dr.tukiman. Segala macam post dan artikel di sini sentiasa panas dan bikin panas semua orang.

Di kesempatan ini, saya, dr.tukiman selaku penulis dan editor blog ini, mewakili editorial team, jkk kampung, dan juga para despatch dan peon yang bekerja di bawah saya, ingin menyusun jari, memohon ampun & maaf terhadap semua pembaca yang pernah terasa dengan blog saya ni. Kalau ade saye tulis apape yang saya tulis membuat anda terasa dan ingin berkecik hati, jangan la marah ye bang. Gurau kasar je nok. Lenkali tak wat lagi.

Untuk meredakan kemarahan anda semua, aku bagi satu kad raye virtual, khas untuk korang. Haa, tag2.

alamak kantoi kad raye nih bukan aku yang wat. Apapepon, kredit to saudara delang(yang namanya dimerahkan pada kad raya ini), kerana telah wat satu kad raya yang begitu kreatif. Minta maaf saya ambil tanpa izin. Apapepon, kite umat Islam kan, apa salahnya berkongsi sesama bangsa & agama ye dok? hehe

Salam sayang dari saya dan family, Maaf Zahir Batin. Eid Mubarak!


*note 1(ceh dah macam blaja akaun plak): silent reader adalah pembaca yang singgah di blog tapi tak pernah2 nak komen ataupun tinggal sedikit pesanan di chat wall. Mereka ini adalah golongan yang tak ambil kesah dan tak mau terlibat dalam apa2 konspirasi gelap yang mungkin akan wujud di setiap blog kelak.

No comments:

Post a Comment