Pages

Tuesday, September 7, 2010

Lepak Malam

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Sebesar - besar selawat & pujian kepada junjungan terbesar kita Nabi Muhammad SAW. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya membenarkan jasad kita bangkit dari tidur, bersahur dan menunaikan solat subuh berjemaah di surau & masjid, membolehkan kita bernafas, menghirup udara segar ke otak untuk kita membuka mata, menaip di enjin carian blog dr.tukiman seraya menemukan kita di dalam post terbaru hari ini.

Post kali ini adalah berkisarkan tentang kehidupan peribadi seorang remaja yang normal yang hidup di zaman serba moden ini.

*tamat sudah bahagian pendahuluan. Kalau hantar kat surat khabar ni, konfem banyak kene filter.*

Aku seorang remaja. Aku selalu lepak malam di kedai2 mamak ataupun mapley. Aku perhatikan sekitar aku, rata-ratanya adalah pemuda & pemudi tanpa mengenal bangsa. Melepak sesuka hati, main kad, isap rokok, isap shisha, borak2, tengok tv skrin besar, bahan2 membe, gelak sakan. Bila perhatikan diorang, aku nampak satu rasa kebebasan dalam diri diorang, satu rasa kegembiraan sebab dapat jumpa kawan2. Tapi bila mak bapak kol panggil balik, semue wat muke tensyen, muke x suke sebab da kene bpisah dgn kawan2, macam esok xboleh jumpe, balik rumah muke tensi je. Kenape? Cenape? Timkai?

Bukan aku nak tekankan tajuk lepak malam sebagai isu. Tapi apa yang diborakkan mase tengah lepak.
Ada orang berborak cerita kenangan lama masa sekolah dulu. Ada orang cerita kenangan masa kecik2. Ada orang cerita gebang(tipu). Ada orang cerita bisnes, ada yang cite masalah, ade yg cite isu2 semasa, ada yang cite hal2 keagamaan, ade yg bagi informasi terkini, ade yang gosip, ade yg sebarkan dakyah nabi palsu(ade ke?),ade yg jual takaful,ade bermacam2 cerita la.

Setiap orang muda akan melepak, xkire la budak skolah ke, bdak kolej ke, brader yg da bekerje pon melepak, brader yg da kawin pon lepak jugak, isap shisha wat asap 'O' lagi tuh.

Aku buat satu tanggapan untuk budak2 remaja yang baru belajar melepak.
Bila diorang melepak, mesti da jadi satu kebiasaan sampai hari2 pon nak melepak. Bile da selalu lepak, duit pun habis. Selalu la mintak duit kat mak bapak. Sampai satu saat kite akan rase xpenah cukup duit sebab selalu sangat lepak. Bile dah takde duit, timbul satu niat untuk mencari duit. Mula cari kerja atau bisnes.

Bila dah ada kerja atau bisnes, duit dah ada, pengalaman susah payah cari duit pun dah ada. Dari situ, pemikiran diorang mula berubah jadi serius. Diorang akan fikir pasal bisnes itu bisnes ini. Cara nak jual, cara nak cari barang murah, mane lobang nak cucuk, mane orang nak cari.

Lepas tu diorang akan jumpa dgn ramai org, biasela, kate wat bisnes. Jumpa klien. Borak2, follow up dgn klien. Lepas tu akan lepak dengan geng2 serius pulak. Dah ade 2 geng. Membe lama yang boleh huha huha dan kadangkala serius dan juga membe baru yang boleh berborak secara matang. Mula la beli surat khabar, baca informasi terkini, mula berpandangan serius & matang, supaya ada isu untuk dibualkan nanti. Boleh debate dgn orang. Bila dah debate, rasa seronok sebab dapat menyuarakan pandangan, hepi dapat tau perkembangan zaman. Yang minat gosip pulak, bangga sebab dpt kenal artis baru, dapat gosip baru. Ahhh aku x minat gosip.

tapi itu adelah dari pandangan aku, sebab ramai membe aku camtu.

Mungkin jugak ada yang lepak malam, lepas tu jadi lagi jahil. Lagi bebal, agama tak penah nak jaga. Semayang pon wajib tinggal 2,3 waktu. Rokok wajib berkotak - kotak. Dadah wajib dicuba2 sampai stone tak ingat batu nesan, arak wajib diminum sampai jalan pon mabuk bertatih - tatih, clubbing wajib pergi sampai xdapat nak ingat akhirat, awek wajib ditukar berkali2 smpai x igt brape kali ko tinggal smayang.

Aku pun tak perfect sangat, mungkin ada satu atau dua perkara di atas pernah aku buat. Tak bermakna aku tulis ni, aku baik sgt. Aku mengaku jugak kejahilan aku. Semua itu boleh diubah. Slow2. Bukan dengan paksaan.

Aku x cakap lepak malam ni satu benda bagus & tak bagus. Aku cuma menyuarakan pendapat aku. Aku bukan bertujuan untuk memesongkan pemikiran para pembaca. Tidak sama sekali. Sebab tanggapan parents terhadap anak2 yg melepak ni sangat luar biasa teruknya. Ada yang membenarkan, ada yang tak membenarkan. Macam2.

Sampai sini saja. Dari waktu berbuka semalam sampai ke noktah terakhir post ni, aku x tido lagi. Lepas bebuke besame kawan2, futsal dan sebagainya, tido je aku x wat lagi. Otak pun dah sumbat. Mata pon dah kuyu, tangan pon dah mule slow menaip. Sebelum tertido berbantalkan laptop, baik aku mengakhiri kalam terakhir.

Minta maaf jika ada pihak yang terasa, sesungguhnya yg baik itu datang dari Allah. Yang lemah itu datang dari kelemahan saya sendiri. Assalamualaikum & selamat berpuasa hari ke 29.

*gambar adelah hasil dari carian di google search engine*

No comments:

Post a Comment