Pages

Tuesday, June 22, 2010

lawak digi kampus

selamat pagi dan salam sejahtera, assalamualaikum, vannakam, hello, sawadikap.

Hari ini ada appointment penting, so aku kena bangun awal seawal 7 pagi. Tapi sekarang dah pukul berapa pulak? 10.32 AM. Saat bangunku dan saat ku menulis blog.

Baiklah tanpa membuang masa lagi, aku nak cite satu benda yang best pasal simkad DiGi Kampus.

DiGi Kampus, pernah dengar? aku konfem kebanyakan bebudak universiti sekeliling Malaysia ni pernah dengar, sebab pihak digi akan datang pade certain period of time, bukak booth n promote simkad ni kat situ. Dengan pelan yang acah2 masyuk, dorang jual. Pelan dorang camni la, sms free kt nombo yg kite daftarkan(aku xtau ape nme die, tp mcm activ10 n 8pax la), free kol lepas penggunaan harian rm2.00(sehari saje) dan free surf internet lepas penggunaan harian rm5 dan lagi... entah, aku rase tu je kot?

So kepada pembeli simkad nih, konfem korang selalu dapat mesej lawak tiap2 pagi btol x? Kadang2 lawak dorang memang best tapi kadang2 tah pape gak lawak dorang, aku langsung tak faham.

Contoh lawak yang aku tak faham:
suami: sayang, hari ni ada catuan air ke?
isteri: ya bang.
suami: sampai bila?
isteri: sampai abang bayar bil air.

Iklan sebuah kedai binatang peliharaan, "ANJING UTK DIJUAL. MAKAN APA SAHAJA DAN MENYUKAI KANAK - KANAK." - serius aku tak faham

Kenapa gajah tidak mempunyai sayap?
Kalau gajah mempunyai sayap, setiap kali ia membuang air besar, semua rumah akan hanyut.

Info Orang Dewasa: Orang yang telah berhenti membesar di hujung dan sedang membesar di tengah sekarang.  - oke yang ni siyes aku rase lucah

Orang menganyam sambil duduk,
kalau sudah bawa ke balai,
melihat ayam memakai tanduk,
datang musang meminta damai. (Pantun) -  lagi lah? sape boleh translate maksud die?

tapi ade jugak lawak yang aku rase kelakar dan boleh buat modal la kalo nak beborak, contoh:

Cikgu: Cuba kamu kira sampai sepuluh.
Murid: satu, dua, tiga..........sepuluh.
Cikgu: Bagus, cuba kamu kira nombor seterusnya pula.
Murid: Jack, Queen, King, Ace.

Seorang polis bertanya kepada mat motor, 
Polis: Anda tidak melihat lampu merah?
Mat Motor: Saya lihat, encik.
Polis: Kenapa anda tidak berhenti?
Mat Motor: Sebab saya tidak nampak encik.

Semalam aku terbaring atas katilku sambil termenung dan melihat bintang - bintang bersinar. Tiba2 aku terfikir, "MANA ATAP RUMAH AKU?"

Kerani: Tuan, ini ada faks dari Pak Pandir.
Pengurus: Bagaimana kamu tahu? Tidak ada nama dia pun.
Kerani: Di faks ini ada setem... - yg ni sumpah kelakar

Dan lagi satu yang menariknya, setiap hari die akan hanta mutiara kata, untuk nasihat golongan2 muda yang xde akhlak sangat. Pastu setiap hari dia akan mengumumkan waktu solat, ikut negeri yang simkad ni dijual, macam aku kat pahang, so aku dapat waktu solat kat pahang. hehe.

so, itu je lah. Kepade sesape yang nak beli simkad nih, boleh la pergi ke kedai berdekatan ataupun tunggu bukak sem nanti je. Oke? semoga kita berjumpa lagi.

ps: aku buat iklan camni DiGi x bagi komisyen sikit ke?

2 comments:

  1. haha..kelakar la sial..rse nk pkai dg lak la..thee!

    ReplyDelete
  2. haha pakai2, aku nk jadi jurujual simkad digi plak la pasni..cam masyuk je

    ReplyDelete