Pages

Thursday, November 10, 2011

Dairi Abang Tukiman: Abang Tukiman Dah Grad.

Assalamualaikum dan selamat pagi rakan2, sahabat, fren, sodiqi.

Lama aku x update ceritera2 poyo pasal aku. Currently i'm at UiTM Bandaraya Melaka, pursuing my degree in Accountancy. Oke dah.

The coolest ayah - Ahmad Zainuddin bin Abdullah

With Beloved Ummi - Salina bt Shaari
My dad once told me: "Hidup hanya sekali, hiduplah yang bererti." - Dr. Hj. Ahmad Zainuddin bin Abdullah

Hamdulillah pade Hari Sabtu 2 minggu lepas, 29th October 2011 aku dah menghadirkan diri ke Sidang 12 Konvokesyen UiTM ke 75 di UiTM Shah Alam untuk menerima sijil diploma aku.

Lepas beratur panjang sebab nak amik jubah pada hari rabu, lepas tunggu lame beratur kat luar dewan menunggu jeritan menyebut "Ahmad Zaki Ahmad Zainuddin, Kelasssss Gitteww!" disebut, lepas rambut guwa dipotong oleh brader tough di luar dewan, lepas kena bebel dengan makcik baju merah sebab aku gi kencing seraya nama aku hendak disebut, kemudian bila nama aku disebut, dengan perasaan penuh bangga, perasaan penuh terharu, penuh sebak di dada, penuh dengan haru biru & kacau bilau, aku berjalan ke arah Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar untuk menerima Buku Biru tersebut.

Masa nak terima buku biru tersebut, beliau menyebut nama aku, kemudian mata aku berkaca, walaupun aku berkaca mata beliau tetap nampak titisan airmata ku dan beliau tolong mengelap titisan air mata ku sambil menepuk bahu aku & berkata, "Tahniah, son." Guwa terharu, guwa menangis, sambil guwa dakap tubuh manis beliau. "Alhamdulillah! Thanks Prof!" aku menjerit. Selepas itu, guwa berjalan sambil memandang ke arah kamera video yg sedang merakamkan perjalananku & drama sebak penuh haru pada pagi itu, sambil menunjukkan isyarat tangan 'Good job, nice one bro!' utk diri aku sendiri & juga untuk audience2 yang tgh usha drama pada pagi itu.

Keluar dari dewan itu, ramai kawan2 semangat ajak aku bergambar, aku pon sempat snap sikit je gamba dengan sahabat2 lama dan baru, sebab aku tengah nak cari parents aku, aku nak tunjuk kat diorang yang aku dah berjaya.

10minit lepas keluar baru aku jumpa parents aku, aku cium tangan parents aku, depa bagi bunga kat aku. Kat bunga tu ada tulis, "Tahniah, Anak Umi(& Ayah) yg pertama grad!" - Ye baem, aku yang pertama grad walaupun aku anak kedua. hahahaha! (Gelak jahat.) -Abaikan, ini aku tujukan untuk abang aku, ibrahim.


Mase tu aku tengah sedih keharuan sebenarnye, aku nak menangis kegembiraan, aku nak peluk parents aku, tapi aku tengah panas mase tu sbb cuaca terik giler babs. So aku x jadi nangis, maintain cool & steady. Snap gamba 5-6 keping pastu aku blah menuju ke arah transformasi dunia fantasi.

Oke, cerita di mana Prof Sahol Hamid menepuk bahu aku & di mana aku mendakap tubuh beliau itu adalah cerita tipu.

Tapi ini adalah salah satu cerita yang akan aku sentiasa ingat dalam hati, dalam kepala & dalam minda aku. Akan aku bercerita kisah2 haru ini kat anak2 aku kelak. Cerita bagaimana susahnya, bagaimana rilek, bagaimana indah saat2 aku belajar & aku mahu mereka belajar daripada kesusahan Daddy depa.

Ini adalah salah satu kisah hidup aku yang bererti, sebab itu aku akan kenang cerita ini sampai bila2. Apa erti aku menghabiskan 3 tahun di UiTM Kampus Jengka, Pahang? Semata2 untuk mencari cinta, mengumpul kawan baru, dan mensia2kan waktu muda aku? Ah tidak.

Kepada adik2 junior yg baca post ini, belajar rajin2, jangan malas, jangan dok fikir hal cinta banyak sangat. Awak tu muda lagi, belajar tu main priority. Ingat, dalam kelas kena fokus, jangan dok pk benda2 lain. Hormat lecturer, dengar cakap lecturer. Ingat harapan mak ayah kite, ingat tujuan kite masuk blajar, ingat kenapa Allah bg rezeki kat kita untuk sambung belajar. Kalau nak main2 je belaja nih, baik suruh kawan kau yg tak dpt sambung belajar tu tolong belajar untuk kau. Depa tu lagi kesian xdapat sambung blaja. Bangga sikit dengan diri sendiri. Semangat belajar kena lebih. Oke? 


Ada jodoh, umur panjang, kita jumpa lagi nanti. InsyaAllah, jika Allah mengizinkan.

Take care. ilal liqa', Ma'assalamah.

Sunday, November 6, 2011

Dairi Abang Tukiman: Kajang

(Post ini adalah draft pada Hari Sabtu sebelum Hari Raya Haji)

Assalamualaikum & Selamat Pagi kepada warga stalkers & blogger sekelian alam.

Hamdulillah Allah masih memberikan aku nyawa untuk aku bernafas pada hari sebelum Raya Haji yang penuh barakah ini. Currently aku kat Kajang, baru sampai rumah pada pukul 4 pagi tadi untuk cuti Raya Haji & cuti mid term. Tak lupa juga di sini aku ingin mengucapkan selamat bercuti kepada warga2 kerja & juga student2.  Selamat pulang ke kampung, selamat bertakbir & selamat berhari raya, maaf zahir & batin.

Okay done.
"Mnyampah btol ngn drivers kat pekan kajang.. Kalau kau dah pandai sgt block kereta org, kau pandai2laa guna telinga kau utk dgr org honk.. Eeeeeeiiii sakitnye hati!!! Patutnya tadi aku scratch je kereta kau sbb suka menyusahkan org!" - Quoted from a Facebook user
Ini hari aku ingin memulakan muqaddimah blog aku dgn quote dari seorang sahabat fesbuk aku yg sangat anti dgn keadaan di Kajang.

Kajang Town - Beautiful Town
Kajang adalah satu nama yang sinonim dengan keenakan Sate Kajang yang terkenal seantero dunia. Kita x penah dgr nama Sate Terengganu, Sate Klang ataupun Sate Shah Alam. Sate Kajang adalah satu2 nya yang berada di kemuncak dunia sate. Kebiasaannya penjual sate selain di Kajang akan menggunakan nama Sate Kajang sebagai pelaris jualan. Contohnya, Sate Kajang Pak Jabir di Kampung Pisang, Sate Kajang Haji Ali di Kampung Pinang Sebatang & lain2 lagi. Tapi ada satu sate yang mmg aku xtau pun dari mana asal usulnya iaitu Sate Ikan. Oke cukup.

Ade satu kisah dari membe aku bilamana abang sedara dia terjumpa dengan gerai Cendol Bakar di Kuala Selangor. Sangat menarik kan nama dia? "Macamana la nak buat cendol bakar ni ye?" tanye abang sedara dia kat makcik penjual cendol bakar nih sambil menikmati kelazatan cendol bakar. Makcik tu tersenyum sipu malu2 kucing sambil berkata, "Bakar tu nama suami makcik.. " :)

Oke, sekadar kisah sampingan.

Baiklah, bukan topik sate yang ingin dikupas pada hari ini.

Satu lagi nama yang sinonim dengan Kajang adalah keadaan trafik di Kajang yang mantap.

Dalam zaman serba moden ini, keadaan trafik di mana2 pun semakin baik x kisah la kat kampung atau kat bandar. Di mana2 pun skarang ni mesti akan ada polis trafik yg akan menjaga keselamatan lalu lintas disamping mengurangkan bunyi hon kereta akibat kelahanatan sesetengah pengguna jalan raya. Terima kasih abang2 polis.

Tetapi berlainan dengan keadaan di Kajang.

Tak kisah la ada polis atau tak ade polis, keadaan trafik di Kajang akan tetap ganas & sentiasa menyakitkan hati mana2 pengguna jalan raya yang jarang drive di Kajang. Baik pemandu lori, pemandu bas, pemandu kereta, mat2 motor ataupun yg bawak basikal skali pun.

Parking berlapis adalah satu2 nya perangai famous rakyat2 jelata yang parking di Kajang. Perangai ini lah yg senantiasa membuatkan beberapa status update berbaur kemarahan di fesbuk, twitter, mahupun blog. Kepada pembaca2 yang berhasrat melawat aku di Kajang, sila simpan niat untuk sentiasa bersabar & kurangkan mencarut ketika berada di Kajang kelak. 

Sebagai penduduk Kajang yg sejati, aku tetap maki hamun sesetengah pemandu yang kurang ajar nih, aku pernah menjerit "B*BI lu, P*KIM*K, x reti bawak kete ke?!!" di tengah2 bandar Kajang, tapi lama2, keadaan ini sudah lali & i just let it go je. Sekarang ni orang lain pulak yg menjerit kat aku, orang lain pulak yg hon kat aku. Dan aku rasa orang2 ni bukan orang Kajang yang sejati. Lu kalau nak drive baik2, kalau nak jumpa driver yang sopan santun, lemah lembut budi bahasa, baik lu pegi drive kat kampung la.
"A true Kajangians will never let their emotion control them when in a driving situation. True story." - Tukiman Iskandar

Post ini adalah fakta sebenar & berunsurkan gurauan & sedikit kasar. Minta maaf jika saya ada tersinggung mana2 pihak. Selamat Hari Raya Eiduladha, Maaf Zahir & Batin.